Wednesday, July 18, 2012

I'm back!!!

Assalamualaikum..
Hai..Saya kembali... hehehehe

lamanya tak update blog..9 bulan terbiar sepi
Hari ni rasa nak start balik...banyak benda nak cerita, banyak benda nak tulis untuk kenangan

ok lah 3 hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan..InsyaAllah, uhh tak sabarnya rasa
Ramadhan kali ni jugak 1st time nak latih anak bujang tu berpuasa..dah 6 tahun
tak sabar...suspen pun ye jugak, apa lah kerenah dia nanti...
lagi-lagi part nak bangunkan sahur kan.
Malam tadi dah cerita2 dah ngan dia...
hari ni nak bagi tengok balik CD Upin Ipin pasal puasa ni..mana la tahu kot2 membantu
macam2 perancangan nak buat ni..InsyaAllah



Thursday, October 6, 2011

Makan Gaji Buta

Ahahaha..semalam baru je post entri kata busy bebeno
Hari ni duk kat office rasa cam makan gaji buta lak
tak tau nak wat apa siap leh update blog lagi...heee

Bila tak de benda nak buat boring la pulak
sempat praktik 5S lagi kat meja kerja ku itu, banyak rupanya simpan sampah sarap selama ni
tau tak 5S tu apa...ala yang SISIH, SIMPAN, SUSUN (apa lagi 2? saya pun dah lupa la..hehe)
patutnya praktik seminggu sekali ni sebulan sekali pun tak tentu...ahahaha, anda bagaimana?..;)

Emmmm tak de pe nak citer sebenonya, saja gatal nak update.....:)

daaaaaaaaa.....

Wednesday, October 5, 2011

Hobi baru...

Lama tak jenguk umah saya ni, busy bebeno la kononnya
Biasa la nak ujung-ujung tahun ni banyak benda nak kena settle...banyak file nak kena close
tapi tu kat office la, jarang bawak balik kerja sekarang ni...Tak koserrr

Ahaaa sekarang ni dah ada hobi baru dah

Sejak2 selalu kalah pertandingan rebut remote astro ngan budak kecik tu
Hari-hari la saya dok ngadap kartun handy manny, cunglington, wordworld, little einstain, jake and never land pirates, upin ipin, flash and dash, boboiboy...huhuhu
Anak bujang tu dah pandai baca, dah pandai tekan sendiri remote..emmm memang mama tak leh menang la

Ala lagi pun sekarang x de cerita menarik la kat tv/astro tu
Sebelum ni saya tunggu citer 'Mimi mencari Cinta' (MMC) setiap khamis malam kul 9 kat Astro warna
dah abis dah pun...Cam biasa ending agak kureng best bagi saya,
tapi jauh lebih baik la dari ending Awan dania 3...huhuhu
dan saya dah buat penambahbaikan sendiri untuk ending MMC tu...ahahaha
Sekarang follow drama 'Kelaaaaas kau Maria' pulak isnin malam kul 9 jugak kat Astro ria
seminggu sekali je, so hari-hari lain saya buat apa?

Baca Novel !!!!!
Menyahut seruan kerajaan amalkan budaya membaca katanya...ahahaha boleh la
dah hampir setahun dari kali terakhir saya baca novel sebelum start balik hobi ni
banyak gak novel yang saya baca, yang belum baca lagi banyak...heeee

Sekarang tengah baca novel 'Kemilau Karya Kasih' nukilan Noorfadzillah Omar
dah hampir 2 minggu baca novel ni 1/2 buku pun lum sampai
KENAPA????
Nanti saya cerita
lepas ni rasanya entri saya banyak pasal novel kot,
hehehe cam biasa la, entri ikut hobi terkini...ahak
saya nak buat review setiap novel yabg saya baca
so layan je la hobi lama yang sedang diperbaharui ni.



daaaaaaa...

Sunday, September 11, 2011

Awal Ashaari merisik Scha Alyahya

Dah ala-ala paparazi pulak dah
wartawan hiburan pun tak sibuk kita lak nak sibuk-sibuk kan..:)
Sebab kat blog hiburan tak jumpa pun berita ni
Tak salah kan saya share sebab kat Twitter and page facebook diorang dah share...hehe

Betul ke?
Meh tengok gambar ni


Gambar ni cousin Scha sendiri post kat twitter
Saya lak copy paste je dari page Territory Scha Alyahya..ngeee

Bila ni?
tak salah 3 bulan lepas
emmmm...masa birthday Scha ke?, 30 Mei hari tu kot

Ingat tak?
kontroversi Awal tukar status relationship kepada engaged/bertunang
kat facebook 3 bulan lepas, mungkin ini la penyebabnya kot...hahahaha

Alhamdulillah
Merisik sudah, lepas ni tunggu je pengumuman seterusnya
Tahniah Scha Alyahya and Awal Ashaari
.
.
.
.
p/s Kalau salah berita ni, mintak maaf la banyak-banyak ye Awal n Scha...:)


Saturday, August 20, 2011

Schawal Meet & Greet Session. SOGO KL

Wahhh cakap omputih tajuk n3 hari ni ye

Tak lama lagi bulan Syawal nak menjelma dah kan. Aktiviti paling popular sekarang ni mestilah shopping kan Antara tempat paling sesak kat KL tu pastilah SOGO selain jalan TAR la kan

Best ke shopping raya kat situ? Saya tak pernah shopping raya kat SOGO tu  tapi tetiap tahun dengar macam2 cerita keseronokan shopping kat SOGO ni oleh penyoping2 tegarnya...heeee

So tahun ni saya pun pergilah shopping kat SOGO ni..19hb ogos 2011 tarikh keramat..hehe Pergi hari jumaat la kononnya tak sesak sebab orang tak balik kerja lagi

KEBETULAN nak shopping untuk Syawal kat SOGO hari tu dapat jumpa Schawal.
Siapa Schawal?....hehehe


Tarrrraaaaaa!!! Ni la Schawal...Scha Alyahya and Awal Ashaari...Hot couple of the year
Bila agaknya nak kahwin diorang ni ye?....huhu
Diorang ada program berpuka puasa dengan peminat anjuran SOGO
Nak berbuka sama-sama diorang kena menang peraduan dulu.
Pada peminat-peminat yang tak menang tu SOGO dah sediakan program lain


Hah tu nama la programnya
SchAwal Meet & Greet Session

Ni program pukul 4.00 sampai 5.00 petang
Scha and Awal berchatting dengan peminat-peminat secara online
Yang tak dapat jumpa Schawal dapat chatting, Yang tak dapat chatting dapat jumpa
Adil katanyakan...huhu


Amboi....sibuk melayan peminat nampak


Diorang ni sebenarnya komputer sorang satu tapi sesekali share2 balas komen gitu
nak jawap soalan cepu emas kot...hehehe
memang sweet sangat couple ni


sambil-sambil chat tu diorang layan soalan2 dari pengacara dan peminat kat situ
Lepas pukul 5.00 petang ada sesi beramah mesra ngan peminat yang datang dan jugak sesi bergambo


Scha cantik sangat petang tu...walaupun ni bukan kali pertama saya nampak dia tapi hari ni special sikit sebab dapat port best so boleh la nak tenung lama2, dapat bersalam, dapat bergambo...hahaha
Awal pun tak kurang hensem....macam nak gi nikah pun ye gak siap berbaju melayu bersampin
tak pun macam nak gi raya...hehehe

Couple ni memang sporting, spontan, selamba, ceria...macam-macam keletah diorang
senyummmmmm je memanjang,
Sampai lenguh otot pipi kata Scha
 (rugi tak dapat snap gambo masa Scha melawak urut pipi dia..hehe)

Suara Scha memang unik la.. ala-ala suara kalau tengah sakit tekak
selalu kalau tekak sakit bila becakap kita kata 'macam suara Ella' kan
tapi rasanya 'macam suara Scha' lebih sesuai.....hehehehe

SchAwal jugak sempat bergurau ngan peminat
Budak kecik sorang tu pun tersipu2 bila kena usik ngan Scha....
malu la konon padahal lepas tu becok bercerita sama teruja macam mak nyer....hahaha


Lepas sesi bergambar dan beramah mesra tu diorang dibawak gi shopping
lepas tu baru majlis buka puasa ngan peminat yang menang peraduan tu
.
Tamat...
.
So rasa-rasa kebetulan ke saya ada kat sana?...hehehe...kebetulan la sangat kan...itu dinamakan sambil menyelam minum air...:p
.
lepas tu baru la pusing-pusing tengok apa-apa yang patut nak di shopping sempena syawal...Mak datuk punya la ramai orang seolah semua barang kat SOGO tu free tau...banyak kali gak saya pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak....ye la bila tengok kaunter pungutan hasil pembayaran, punyalah panjang...last-last saya beli pensil warna and clay set je untuk anak bujang tu pun sebab kedai buku kat situ tak ada orang...hehehe boleh gitu
.
Pergi kat food court nak beli juadah berbuka, masa tu baru pukul 6.15petang, restorant semua dah penuh siap makanan dah berhidang....sabo je la.... tapau je la hotdog 1901 and air mangga Nestle. cukup la tu nanti baru carik nasi....;)
.
walaupun tak dapat nak shopping baju raya, hand bag raya, kasut raya, kuih raya kat SOGO tapi tetap enjoy!!!!....:D

.

...




Friday, August 12, 2011

Kasihan Novel-novel Kesayangan ku

Saya suka baca novel,
Saya suka beli novel.,
Sebelum baca novel-novel tu
 saya balut cantik-cantik, saya balut kemas-kemas
Masa baca novel-novel tu
Saya buka pelan-pelan, cermat
saya tak pernah lipat muka surat novel tu
saya guna penanda buku yang dah disediakan
Novel yang tak ada penanda saya buat satu khas untuk novel tu
Saya selak sehelai sehelai
Tulang novel tu pun tak pernah saya patahkan
Saya pastikan saya tak letak novel tu kat tempat yang ada kotoran
Apatah lagi tempat-tempat yang basah
Saya simpan novel-novel pada rak khas untuk mereka
Saya SAYANG SANGAT koleksi novel-novel saya

Saya kongsi cerita dengan kawan
Saya bagi kawan-kawan pinjam novel-novel saya
Sama-sama menghayati sama-sama merasai

Tapi saya sedih...

Bila Novel tu kembali pada saya, saya rasa nak menangis
Banyak muka surat novel ada kesan lipatan
Kulit novel tu pun terlipat sekali, saya tak tau kenapa
Tulang Novel pun dah patah
Bukan patah satu tempat tapi banyak tempat
macam nak tertanggal mukasurat2 novel tu
Novel saya comot
Bahagian luar comot, bahagian dalam comot
paling tak boleh terima ada kesan air tumpah atas novel
kesan kertas dah kembang kena air

Saya sedih...saya betul-betul sedih
Saya pun pinjam jugak novel kawan-kawan
Tapi saya layan novel tu macam saya layan novel saya jugak
Saya tak nak jadi kedekut tapi mungkin saya terpaksa jadi kedekut
Saya akan beri pinjam novel-novel saya pada mereka-mereka tahu menghargainya
Pada yang tidak...I am sorry friend...:(



...


Thursday, July 28, 2011

Kenapa buat Scha Alyahya macam tu?

hah kan sungguh tak sampai 24 jam Seri Ilham dah membebel balik kat sini
Kali ni sebab sakit hati



Saya sangat-sangat sakit hati bila ada orang yang cakap kata-kata lucah  macam ni pada Scha...Biadap!!!!

(Kalau cakap kat orang lain pun saya tetap akan marah ok)

Scha reply sebab dia tak paham makna ayat tu

Tapi saya jadi sangat bengang bila Mamat tu RT (Retweet)
balik macam tu...Sengal !!!

Tak boleh ke hormat orang lain?...
Gurau ke?
Gurau boleh gurau tapi agak-agak la bro

NOTE: Pada yang tak tau
Jilmek maknanya Jilat
Memek tu pulak adalah aset seorang wanita/payudara
dan ada sesetengah tempat memek tu maknanya alat kelamin perempuan

Saya Marah sebab ia merendahkan martabat perempuan!
Setiap perempuan pasti akan rasa itu adalah gangguan seksual ok
Tolong sensitif sikit!

grrrrr




...