Friday, May 27, 2011

Dunia KITA episod 1

Yeyyy!!! drama Dunia Kita (carefree) dah start...
Pengubat rindu pada Awan Dania...boleh?...hahaha
Nak sinopsis tanya kat mr.google berderet2 dia bagi nanti...sebabbb
Saya ni tengah feeling2 jadi pengkritik Dunia Kita...:p
tapiiii baru episod 1 nak komen menda...ceh

RANIA (Scha alyahya)
sekali tengok watak Rania ni ada sikit-sikit macam Dania campur Jamilah (prebet jamilah)
part manja2 ngan abah dia, teringat kat Dania...hik jgn marah haaaa
(abah Rania pun jual buah tau abah Dania supply buah...hehe)
part manja2 + gedik2 sikit + lurus bendul  pulak macam jamilah
Memula Rania muncul dgn baju pink, beg kuning n kasut purple...duhhh!!
 mangsa fesyen ke hapa Rania ni
Tapi tu la cerita nyer pun pereka fesyen yang tak reti berfesyen sampai kena buli ngan Aressa

ZARA (Marsha Milan)
Suka la tengok marsha bawak watak ni, macam best je, bersahaja ngan baju guni dia..haha
Kawan baik Rania n Aliff merangkap geng kena buli sekali
Paling tak tahan guna tagline Dania tu..."Nak kena siku"...hehe

emmm macam terbalik lak watak scha n marsha kali ni...
dalam K.I.T.A..... ilma(marsha) manja2 gedik, Kiera(scha) ganas sikit
Dunia KITA.....Rania(scha) yg manja2 ayu. Zara(masha) lak brutal

ALIFF (Saiful Nizen)
Mamat skema juga kawan pertama yang tegur Rania kat kolej juga DJ kolej

ARESSA (Nur Amalina)
Best la lakonan Carefree Girl ni walaupun pertama kali berlakon, menjadi.
watak gedik2, poyo, perasan bagus
Ni la pesaing Rania merangkap tukang buli Rania n the geng tu.

DANIEL (Awal Ashaari)
Bak kata Aliff...manusia paling jahat kat muka bumi ni..hahaha
kasanova, pembuli, ponteng kelas, kuat lawan lecturer, jual DVD cetak rompak
tapi tadi interframe sekejap je...episod pengenalan katanya kan
Rasa nya Daniel ni kot jadi pasangan Rania
Huhuhu...punah harapan,
Saya nak tengok diorang berlakon sekali tapi bukan sebagai pasangan kekasih

So far...ok la tengok Dunia KITA ni..enjoy dan harap2 cerita akan jadi lebih best

Jumpa episod seterusnya....Daaaaaaaa...:p


Wednesday, May 18, 2011

Episod Akhir: Kesudahan Tragis Awan Dania Musim 3

Kalau
HAPPY ENDING......Kami gembira
SAD ENDING........Kami Terima

Tapi Kalau
TAK ADA ENDING....Kami rasa teraniaya

Wahhhhh teraniaya, tak hengat namanya tu...tapi itulah hakikatnya. Peminat AD betul2 rasa tertipu, kecewa, sedih, sakit hati, marah, bengang...semualah dan yang paling penting peminat, penonton, pengikut drama siri ni rasa sangat2 tidak dihargai

bukan kerja peminat ok nak fikir dan buat kesimpulan sendiri tentang kesudahan sesebuah drama/filem. Itu tugas penulis skrip, pengarah, producer untuk menggarap dan memantau pembikinan drama/filem....apa ingat kalu buat drama tergantung-gantung mcm tu hebat sangat la, berjiwa seni la konon...hampeh ada la.....Susah sangat ke nak tunaikan permintaan kami, Kami cuma NAK ENDING, tak kira la happy ke, sedih ke, tragis ke, dramatik ke....kami bukannya nak tengok cerita tak berkesudahan.

pada saya peminat memang patut marah.....Tujuh bulan ok follow Awan Dania 3 ni, dari bln november 2010 lagi...sesibuk mana pun kami tetap pastikan ada ruang untuk AD3....itu baru yang follow Awan Dania musim ni, yang ikut dari AD1 & AD2 lagi sakit hati

meh check sikit ending AD yang lepas
AWAN DANIA 1: Ending boleh diterima la, Nia berjaya capai cita2..kisah cinta pun gitu2 je tak nampak pun nia jatuh cinta/kecewa dengan Iman.

AWAN DANIA 2: Agak tegantung, walau macam mana pun semua tau hati Nia pd Benjy n tak pernah pun hatinya untuk Ehsan. Nia tetap pendirian. so ending ni masih boleh diterima

AWAN DANIA 3: Ending paling bodoh dalam sejarah Awan Dania. Siapa dihati Nia? Kami tak kisah Benjy atau Akmal tapi masalahnya siapa? Pengarah buat seolah-olah Dania Abdul Rahman seorang yang tamak bukan keliru ok...pity Dania.

Bergegar wall FB Awan Dania dengan kemarahan peminat2. Semua kena marah, dengan pelakon2 sekali kena marah. FB n twitter artis la jd sasaran. Tapi pada saya pelakon2 AD3 ni terutama teraju utamanya Scha Al-yahya, Jehan Miskin, Gambit Saifullah tak bersalah pun diorang dah jalankan tugas dengan cemerlang, lakonan mantap. kalu tak takkan la sampai tak jemu2 kita follow cerita ni kan....kesian diorang pun jadi mangsa

So siapa salah?...golongan2 tertentu yang gunakan peminat untuk dapat untung tapi pada masa yang sama tak tahu nak hargai kami...selfish ok.

malas la nak komen lagi

Peminat tak mau dah Awan Dania musim 4
Peminat tak nak Awan Dania The Movie sebagai kesinambungan drama siri Awan Dania
Peminat cuma nak tau KESUDAHAN AWAN DANIA MUSIM 3

Lu pikir la sendiri

_______________________________________________________________

dah macam karangan SPM lak (tidah lebih 360 patah perkataan..hehe)
Sorry la kalau dah jadi tempat meluah perasaan pulak, lepas habis AD3 itu hari memang nak post n3 kat sini tapi kalau meluahkan sesuatu time marah lain jadinya kang. so hari ni cuma kecewa masih bersisa....cewahhhhhh.

Kalau ada yang kata saya ni terlebih emosional padahal drama je pun...ehhhh suka hati saya la, diorang memang patut sedar yang AWAN DANIA ada peminat yang tersendiri dan begitu istimewa dihati kami....Sedih tau org buat kami macam ni...uwaaaaaaa

ok lah bubbye...bila2 kalau rajin saya post n3 lagi ek


Saturday, May 14, 2011

Episod 4: Jiwaku tak keruan kerana Awan Dania

GILER!!!!...memang tak logik kalau nak dipikirkan...Tapi tu la penangan Awan Dania...Nak makan ingat AD, Nak Tido ingat AD, Nak Masak ingat AD, celik mata ingat AD, Nak sembahyang ingat Allah ok....parah, memang parah demam AD ni...Ni semua gara-gara AD dah nak sampai episod terakhir hari isnin nanti, 2 hari je lagi..huhu....Tak pernah-pernah lagi dalam sejarah saya menunggu episod last drama2 melayu macam saya tunggu ending AD ni.

Bukan saya sorang je tau yang rasa macam ni,Elehhhhh korang pun sama kan... ramai geng saya tau....ni hasil soal selidik ngan peminat2 AD...hik hik hik

info sikit sampai hari ni menjelang episod last ni fans AD je dah mencecah 80K...wow
Habis je siaran 2nd last episod hari tu...wahhh meriah sungguh Wall FB Awan Dania...sampai ke tengah malam peminat2 ni berdiskusi, sapa lagi punya angkara kalau bukan ahli2 Team Benjy...hehehe...Team Akmal muncul la jugak sekali sekala...."oh Benjy bukan kami tak percaya cinta mu tapi kami risau hati cinta hati mu"....sapa lagi si Nia tu la, bukan boleh dijangka sangat hati minah ni. tu yang rasa macam kalu kita suruh orang pergi meminang tak senang duduk sama ada pinangan kita tu diterima atau tak...epppp saya dulu kena pinang tau bukan masuk meminang ok..hehehe

Tapi...dalam pada tu saya sedih...huhuhu cerita sedih la pulak...serius, saya pasti, saya amat2 pasti saya akan rindukan kawan-kawan saya, saya akan rindukan kemeriahan kami berdiskusi, saya akan rindukan saat2 saya ketawa guling2, sorang2 pulak tu depan laptop masa bersembang dengan kawan2 maya saya....ohhhhh tak sanggup nak melalui detik perpisahan tu....dalam sejarah huh banyak betul sejarah tercipta ye tak pernah lagi saya jumpa kawan2 maya yang boleh bersembang pasal drama melayu macam bersembang dengan you all semua...walaupun kita tak pernah jumpa, tak pernah bersua tapi AD menyatukan kita semua, Watak2 dalam AD benar2 hidup dalam hati kita.....uwaaaaaa nak nangis dah ni.

untuk episod akhir ni nakkkkk sangat hepi ending untuk Nia n Benjy, mestilah nak Nia n Benjy kan sebab saya Team Benjy!!!!...kalu Team Akmal mesti nak Nia n Akmal....Eiiii no no no no no, tak sesuai ok..hehe
Apa pun ending nya jangan tergantung lagi macam AD1 n AD2 dah la ye, Kami tak mau dah Awan Dania 4, Kami cuma nak hepi ending untuk Awan Dania 3 ni.

wokeh bubbye......ishhh ada n3 terhutang la, nanti la ye hehe

Monday, May 9, 2011

Episod 3 : Kerana Awan Dania

Kerana Awan Dania saya jadi peminat artis....hah boleh gitu?...bolehhhhh apa salahnya...hahahaha tanya sendiri jawap sendiri kekdahnya ye...:p

Artis mana? sapa lagi jadi peminat cik Dania la..Yup kerana AD saya minat pada SCHA AL-YAHYA, sblm ni tau la dia tu pelakon tapi tak de la pulak nak follow drama2 dia...n now bila dah minat saya tonton la drama/filem dia...antara yang saya suka

Drama K.I.T.A - best sangat drama persahabatan ni walaupun x puas hati sikit la ngan ending tapi tetap best!!
Drama LEMAS DALAM CINTA - citer ni kelakar n sweet sangat (scha&fahrin)
Drama LUNA FANTASIKU - First time tengok scha belakon pakai baju pengantin, cantik! n part paling suka masa Sara curang ngan Midus..hahaha (scha&sahee shamsudin&shah jazle)
Filem PAPADOM, EVOLUSI KL DRIFF 2,HISTERIA
Drama PREBET JAMILAH, NAIK HANTU, BELLA...banyak lagi la..hehe
Pas tu tak sabar nak tunggu tayangan..filem AWAN DANIA THE MOVIE, AKU BUKAN TOMBOY, LIBAS, PAPADOM 2, DIMENSI CINTA (Tah keluar tak tidak filem ni). Drama MIMI MENCARI CINTA n DUNIA KITA...:p

ok ok sambung pasal AD lagi
Sebab watak Benjy dalam AD la tak pasal-pasal saya boleh tengok drama/filem si JEHAN MISKIN...boleh tu saya tengok citer Nasik kosong ikan masin ngan Filem CUN...sblm ni tak minat pun mamat ni, kenapa ek? sebab saya tak suka kot dia suka tunjuk2 body kental2 dia tu..Tapi kan dalam AD ok pulak...hahaha....apa pun buat masa sekarang belum sampai tahap jadi peminat kipas mati la kat mamat ni.

Sapa lagi ek??...hah saya minat gak kat AWAL ASHAARI...erkkk awal ada dlm AD ke? Tak do laaa tapi dah katanya kesinambungan kan, alang2 dah minat Scha minat la sekali ngan Awal...hehehe...baru lepas tengok drama dia CINDERELLA BLUES (awal&sariyanti)-memang best n comel sangat citer tu

Haaaaaaa jangan kata saya dok layan drama2/filem2 ni macam saya ni tak de kerja pulak..saya tetap pekerja yang produktif...ceeeewah...tu aktiviti mengisi masa lapang mengelakkan diri dari gi shopping n perabih duit...hik

wokeh bubbye...nanti sambung lagi saya nak citer pasal resepi Nia...hahaha