Saturday, May 14, 2011

Episod 4: Jiwaku tak keruan kerana Awan Dania

GILER!!!!...memang tak logik kalau nak dipikirkan...Tapi tu la penangan Awan Dania...Nak makan ingat AD, Nak Tido ingat AD, Nak Masak ingat AD, celik mata ingat AD, Nak sembahyang ingat Allah ok....parah, memang parah demam AD ni...Ni semua gara-gara AD dah nak sampai episod terakhir hari isnin nanti, 2 hari je lagi..huhu....Tak pernah-pernah lagi dalam sejarah saya menunggu episod last drama2 melayu macam saya tunggu ending AD ni.

Bukan saya sorang je tau yang rasa macam ni,Elehhhhh korang pun sama kan... ramai geng saya tau....ni hasil soal selidik ngan peminat2 AD...hik hik hik

info sikit sampai hari ni menjelang episod last ni fans AD je dah mencecah 80K...wow
Habis je siaran 2nd last episod hari tu...wahhh meriah sungguh Wall FB Awan Dania...sampai ke tengah malam peminat2 ni berdiskusi, sapa lagi punya angkara kalau bukan ahli2 Team Benjy...hehehe...Team Akmal muncul la jugak sekali sekala...."oh Benjy bukan kami tak percaya cinta mu tapi kami risau hati cinta hati mu"....sapa lagi si Nia tu la, bukan boleh dijangka sangat hati minah ni. tu yang rasa macam kalu kita suruh orang pergi meminang tak senang duduk sama ada pinangan kita tu diterima atau tak...epppp saya dulu kena pinang tau bukan masuk meminang ok..hehehe

Tapi...dalam pada tu saya sedih...huhuhu cerita sedih la pulak...serius, saya pasti, saya amat2 pasti saya akan rindukan kawan-kawan saya, saya akan rindukan kemeriahan kami berdiskusi, saya akan rindukan saat2 saya ketawa guling2, sorang2 pulak tu depan laptop masa bersembang dengan kawan2 maya saya....ohhhhh tak sanggup nak melalui detik perpisahan tu....dalam sejarah huh banyak betul sejarah tercipta ye tak pernah lagi saya jumpa kawan2 maya yang boleh bersembang pasal drama melayu macam bersembang dengan you all semua...walaupun kita tak pernah jumpa, tak pernah bersua tapi AD menyatukan kita semua, Watak2 dalam AD benar2 hidup dalam hati kita.....uwaaaaaa nak nangis dah ni.

untuk episod akhir ni nakkkkk sangat hepi ending untuk Nia n Benjy, mestilah nak Nia n Benjy kan sebab saya Team Benjy!!!!...kalu Team Akmal mesti nak Nia n Akmal....Eiiii no no no no no, tak sesuai ok..hehe
Apa pun ending nya jangan tergantung lagi macam AD1 n AD2 dah la ye, Kami tak mau dah Awan Dania 4, Kami cuma nak hepi ending untuk Awan Dania 3 ni.

wokeh bubbye......ishhh ada n3 terhutang la, nanti la ye hehe

No comments:

Post a Comment