Tuesday, January 18, 2011

RISAU

Uhhhh macam dah lama je tak berkarya kat sini...hik...awal-awal tahun ni memang sibuk sikit dengan macam-macam tugas pengkeranian

Hari ni balik kerja mama terus ambik syahir kat taska and bawak pergi SU, hantar barang yg sepupu pesan...sebelum tu anak bujang dah siap-siap order nak pergi KFC....huh Ayam lagi....

Tengah duk layan fries (anak bujang dah tentu la layan ayam upin ipin dia tu)..tetiba syahir kata jari-jari dia sakit, mama pegang jari dia..uhhh sejuk sangat. Cepat-cepat cuci tangan, lepas tu kitorang keluar.

Mama memang risau masalah yang satu ni, kaki and tangan syahir memang selalu sejuk terutama waktu siang tapi kalau waktu tidur malam tak pulak, mama dah cuba cari maklumat dan ada yg mengatakan mungkin ada sedikit masalah pada jantung....Ishhh menakutkan tau, harap-harap nya tak lah kan. nanti mama nak bwk anak bujang gi check kat hospital.....risau tau.
InsyaAllah tak de apa-apa kan sayang.

No comments:

Post a Comment