Monday, February 7, 2011

Jom Tengok Salji

Melayan anak bujang sempena cuti CNY baru ni yang sibuk nak tengok salji, nak meluncur katanya, pengaruh kartun la tu..huhu sabo je la

Mana lagi nak gi tengok salji kat Shah Alam ni kalu tak kat Taman Iklim 4 Musim kat Bukit Cerakah tu kan...OTW nak ke situ sibuk ngajak mama gi tesco nak beli papan luncur....hahahaha tak dapek la nak nolong

Sampai dalam pukul 11 pagi, bayar tiket dewasa RM3, kanak-kanak bawah 6 tahun free dan kebetulan pulak 5hb hari tu tiket masuk ke Taman Iklim free ...Fuhhhh ramai nyer orang kat situ, panjang jugak la beratur nak tunggu 'bas'

Masuk je Taman Iklim tu...trrrrrrrr sejuk wooo, salji dah mula mencair, dah nampak tanah sebab ujung bulan februari ni dah nak tukar musim bunga pulak. anak bujang dah macam frust jer, dah la tak buleh nak pegang salji apa lagi nak meluncur kan...hahaha...TAPI
Mama lagi frust beria amik gambar tetiba..tit tit tit tit..ingatkan bateri habis rupanya lupa nak masuk kad SD kamera tu, tertinggal sudah kat rumah....Uwaaaaaaaa

Tak dapat la nak posing lebih-lebih sekadar guna kamera phone je la...tapi kan, huh tapi lagi.... mama tak reti nak upload gambar dari phone la pulak....huhuhu

Nanti hujung tahun kita pergi tengok salji lagi ye sayang, tunggu musim sejuk seterus nya (November-februari)...Ayah lak janji lain kali nak bawak gi main salji kat Genting...Heeeeee

p/s sedih tau tak dok gambo nak tepek kat sini

Thursday, February 3, 2011

Lok Ching?

Yeayyyy!!! berjaya gak wat mendalah ni.

ok Sapa tau, apa nama makanan ini?


hahaha..tak tau nak bagi nama apa sebenarnya...betul ke ni resepi sebenar lokching (satay ikan)...Dek kerana teringin nak makan tapi tak jumpa2 kat Shah alam ni, gigih la mencari resepi penat tau google sana sini tak jumpa2...haiiii tak de ek orang nak share resepi.

k ni pulak resepi nyer (kut betul la), dapat dari hasil google resepi masakan thai (diorang panggil makanan ni look chin ping), sila2 la google sana ye.....hik

Bahan-bahan:
isi ikan (dari 4 ekor ikan yg ada isi yg lembut n tak pejal)
4 sudu besar tepung sagu (saya guna tepung ubi)
1/2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
ais hancur
air ais

cara nak masak:
1. tumbuk lumat isi ikan
2. campurkan tepung, garam, lada sulah, baking powder dan gaul sebati
3. masukkan ais hancur dan uli lagi (kejap je)-ni nak bagi texture mcm span
4. bulat2 kan n rebus dalam air panas sampai timbul
5. angkat dan masuk dlm air ais
6. bakar n hidang (nak goreng dulu pun buleh)

Tak kisah la apa nama dia kan yang penting rasa tu ada
sekali pandang cam keropok lekor pun ada......aduhhhhh la

p/s: ok ok ni resepi last untuk hari ni, esok sambung lagi...hehehe

Tauhu sumbat Ayam

Menu 3 hari rajin sedunia...(^_^)
Ni sarapan saya pagi semalam, dah lama tak makan. kuih ni dulu saya selalu beli dari Kak Najimah, kawan sama tempat kerja tapi sekarang akak tu dah pindah tempat lain...huhuhu rindu tau kuih muih yang akak tu selalu buat....Nasib baik saya sempat menuntut resepi ni dari dia...hehehe


TAUHU SUMBAT AYAM- Resepi asal dr Kak Najimah

Bahan-bahan: (2 org mkn)
2 keping tauhu
2 keping dada ayam
1/2 biji cili besar
daun sup
1/4 bawang besar
garam
lada sulah
telur

cara masak:
1. Goreng tauhu, potong dua dan biarkan sejuk, bila dah sejuk keluarkan isi tauhu pelan2

2. goreng dada ayam (Jgn terlalu garing)

3. tumbuk isi tauhu bersama ayam sampai lumat. lepas tu campur cili daun sup,bawang, garam, lada sulah.

4. sumbatkan bahan2 tadi dalam kulit tauhu tadi

5. pukul telur n celupkan tauhu tadi

6. goreng dan hidangkan



Ikan Goreng Tepung

Menu 2 sempena hari rajin sedunia...hehehe
Yang ni lagi simple, ikan kembung celup dalam tepung pastu goreng...heee
saya suka ikan goreng tepung ni sebab luar dia rangup tapi dalam lembut, saya suka guna ikan yg saiz kecik je untuk goreng tepung ni

Ikan goreng tepung cicah budu...buleh gitu? layannnnn je

BAHAN-BAHAN
3 ekor ikan kembung saiz kecil
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
garam
serbuk kunyit
air secukupnya

CARA MASAK
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk kunyit dan air

2. celupkan ikan dan goreng..siappppp!!

adehhh.....resepi ni pun saya nak tulis..huhu...papejela..

Sup Ekor

Dah lama tak masak sup ekor ni...Tak tau la dari mana saya belajar buat sup ekor ni, tak ingat dah tapi ni la cara yg selalu saya guna...untuk sup ekor kali ni saya tak de link dari mana2, sup simple je (huhuhu..rendah diri je rasa) kalu tengok yg resepi org lain fuhhh mengancam sungguh...lain kali saya nak try buat la nanti buleh share link ngan kawan-kawan...heeee

dua potong limau tu adalah hiasan semata-mata...tak suka sup masam masam katanya...hihihi

Walaupun sup simple, nak share gak kekdah nak masak..leh la wat ingatan tuk diri sendiri

BAHAN-BAHAN
500gm Ekor lembu
Halia
2 biji bawang putih
1 kiup daging
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Lada putih
Daun sup
Bawang goreng
Garam

CARA MASAK
1. Rebus ekor lembu bersama halia dan bawang putih sehingga lembut

2. Bila dah lembut masukkan kiup daging,kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan lada putih dan garam. Renihkan lagi selama lebih kurang 5 minit

3. masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau sebentar dan tutup api dan hidangkan

hehehehe....simple kan, simple sangat...saya memang gitu, suka nak cuba masak macam-macam resepi tapi yang simple2 saja la...hik

Tuesday, February 1, 2011

Kisah Syahir: Mama sakit

Perbualan tepon dua beranak petang tadi

Syahir:Hello ayah, ayah cepat la balik. Hantar mama pergi hospital...cepat la!!!!!
Ayah : Kenapa? Mama sakit apa? (cemas)
Syahir : Mama sakit hati

Hahahahahaha....gelak besar mama kat dapur tau...kensel mama nak merajuk

Aduhla anak bujang sorang ni sejak2 dah pandai dail sendiri nombor tepon ayah, dah jadi CNN dah, semua nak report.

al-kisah....kenapa sampai anak bujang tepon ayah tu ye?
(kes malam tadi ayah balik lambat and pepagi anak bujang dah interview siap2)...reporter kan kena cepat...huhu

Syahir: Mama ayah balik lambat sebab ayah hantar kawan ayah pergi hospital la mama, kawan ayah kan sakit.
Mama: Mama pun sakit jugak
Syahir: Mama sakit apa
Mama : Mama sakit hati

ha kau, terus dicapai nyer telepon...yang dia tau kalu sakit kena pergi hospital, kelam kabut ayah tepon tanya mama....aduhhhh syahir...syahir