Thursday, February 3, 2011

Tauhu sumbat Ayam

Menu 3 hari rajin sedunia...(^_^)
Ni sarapan saya pagi semalam, dah lama tak makan. kuih ni dulu saya selalu beli dari Kak Najimah, kawan sama tempat kerja tapi sekarang akak tu dah pindah tempat lain...huhuhu rindu tau kuih muih yang akak tu selalu buat....Nasib baik saya sempat menuntut resepi ni dari dia...hehehe


TAUHU SUMBAT AYAM- Resepi asal dr Kak Najimah

Bahan-bahan: (2 org mkn)
2 keping tauhu
2 keping dada ayam
1/2 biji cili besar
daun sup
1/4 bawang besar
garam
lada sulah
telur

cara masak:
1. Goreng tauhu, potong dua dan biarkan sejuk, bila dah sejuk keluarkan isi tauhu pelan2

2. goreng dada ayam (Jgn terlalu garing)

3. tumbuk isi tauhu bersama ayam sampai lumat. lepas tu campur cili daun sup,bawang, garam, lada sulah.

4. sumbatkan bahan2 tadi dalam kulit tauhu tadi

5. pukul telur n celupkan tauhu tadi

6. goreng dan hidangkan



No comments:

Post a Comment

Post a Comment