Melayan anak bujang sempena cuti CNY baru ni yang sibuk nak tengok salji, nak meluncur katanya, pengaruh kartun la tu..huhu sabo je la
Mana lagi nak gi tengok salji kat Shah Alam ni kalu tak kat Taman Iklim 4 Musim kat Bukit Cerakah tu kan...OTW nak ke situ sibuk ngajak mama gi tesco nak beli papan luncur....hahahaha tak dapek la nak nolong
Sampai dalam pukul 11 pagi, bayar tiket dewasa RM3, kanak-kanak bawah 6 tahun free dan kebetulan pulak 5hb hari tu tiket masuk ke Taman Iklim free ...Fuhhhh ramai nyer orang kat situ, panjang jugak la beratur nak tunggu 'bas'
Masuk je Taman Iklim tu...trrrrrrrr sejuk wooo, salji dah mula mencair, dah nampak tanah sebab ujung bulan februari ni dah nak tukar musim bunga pulak. anak bujang dah macam frust jer, dah la tak buleh nak pegang salji apa lagi nak meluncur kan...hahaha...TAPI
Mama lagi frust beria amik gambar tetiba..tit tit tit tit..ingatkan bateri habis rupanya lupa nak masuk kad SD kamera tu, tertinggal sudah kat rumah....Uwaaaaaaaa
Tak dapat la nak posing lebih-lebih sekadar guna kamera phone je la...tapi kan, huh tapi lagi.... mama tak reti nak upload gambar dari phone la pulak....huhuhu
Nanti hujung tahun kita pergi tengok salji lagi ye sayang, tunggu musim sejuk seterus nya (November-februari)...Ayah lak janji lain kali nak bawak gi main salji kat Genting...Heeeeee
p/s sedih tau tak dok gambo nak tepek kat sini
No comments:
Post a Comment