Tuesday, July 12, 2011

Dunia KITA episod 7

Episod paling best setakat ini...bermain dengan emosi.

Rania betul-betul tertekan dengan banyak benda yang dia baru tau
Paling mengejutkan Datin Dessy itulah Mami...Rania tak boleh terima kenyataan
Merajuk sudah...Tak pergi kolej...Tutup blog....berkurung dalam bilik

Bahagian paling touching bila abah terangkan kenapa mami tinggalkan Rania dan abah
Dua-dua salah....Mami salah....Abah pun salah...dua-dua menyesal
Saya pun rasa sebak bila tengok Rania menangis..nangis betul-betul tau
(Kalau siapa peminat scha alyahya tak kira la peminat mati keras ke peminat kipas mati ke peminat sepenuh hati ke gerenti tau apa filem atau drama yang ada scene scha nangis. Bagi saya dalam banyak-banyak tu rasanya kali ni yang scha betul-betul nangis..)

Opss ada selingan pulak.....ok ok

Rania dengan Aressa ni tak habis-habis nak bergaduh
"Aku benci kau"...."eh kita ada persamaan la aku pun benci kau"
macam budak-budak...nasib baik ada Aliff kalau tak sebijik macam budak tadika bergaduh tau

Daniel jumpa Rania nak mintak maaf...aduhhh part ni pun touching gak
Saya nak minta maaf....Memang patut pun, awak bersalah
Saya tak sepatutnya permainkan perasaan awak....Awak tak sepatutnya tapi awak dah permainkan
Saya betul-betul menyesal.....Nasi dah jadi bubur, saya harap lepas ni awak lebih sensitif perasaan orang
Saya akan cuba..........I really like you
Ss s saya.......It's ok saya dah tau jawapannya
Saya minta maaf, saya pergi dulu.............
Huwaaaa sedihnya bila cinta ditolak...Kesian Rania...
Tapi memang tabik spring la kat Rania, berani berterus terang

Danial jumpa Zara....Daniel cakap dia suka Zara
Zara tolak, walaupun hakikatnya Zara suka Daniel jugak
Zara tolak mungkin sebab Rania....Zara pilih persahabatan
Tapi kalau saya jadi Rania saya sedih dengan tindakan Zara
Tapi saya sokong tindakan Zara......emmmmm.....anda?

Cintanya ditolak....Kecewa....Rania setuju nak tukar kolej perubatan macam abah suka
Rania nak lari dari Daniel
Rania nak lari dari Aressa
Rania nak lari dari dunia fesyen.....mungkin sebab mami
Rania nak lari dari segala-galanya

Tapi Rania dapat berita lagi....Rania ada adik...masa mami pergi dulu mami bawak adik sekali
Rania kakak Aressa......Aressa adik Rania...

emmm tak tau macam mana penerimaan Rania  and Aressa nanti
Kena tunggu episod 8(akhir) jumaat ni ok....


.....

No comments:

Post a Comment