Thursday, February 3, 2011

Lok Ching?

Yeayyyy!!! berjaya gak wat mendalah ni.

ok Sapa tau, apa nama makanan ini?


hahaha..tak tau nak bagi nama apa sebenarnya...betul ke ni resepi sebenar lokching (satay ikan)...Dek kerana teringin nak makan tapi tak jumpa2 kat Shah alam ni, gigih la mencari resepi penat tau google sana sini tak jumpa2...haiiii tak de ek orang nak share resepi.

k ni pulak resepi nyer (kut betul la), dapat dari hasil google resepi masakan thai (diorang panggil makanan ni look chin ping), sila2 la google sana ye.....hik

Bahan-bahan:
isi ikan (dari 4 ekor ikan yg ada isi yg lembut n tak pejal)
4 sudu besar tepung sagu (saya guna tepung ubi)
1/2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
ais hancur
air ais

cara nak masak:
1. tumbuk lumat isi ikan
2. campurkan tepung, garam, lada sulah, baking powder dan gaul sebati
3. masukkan ais hancur dan uli lagi (kejap je)-ni nak bagi texture mcm span
4. bulat2 kan n rebus dalam air panas sampai timbul
5. angkat dan masuk dlm air ais
6. bakar n hidang (nak goreng dulu pun buleh)

Tak kisah la apa nama dia kan yang penting rasa tu ada
sekali pandang cam keropok lekor pun ada......aduhhhhh la

p/s: ok ok ni resepi last untuk hari ni, esok sambung lagi...hehehe

4 comments:

  1. Terima kasih ya banyak2 Seri Ilham :) Susah nk dapat resepi Lok Ching nih, resepi cuba2 pun jadi la :p tq

    ReplyDelete
  2. sama-sama, saya dah dapat resepi yang sebenar nanti saya post n3 pasal resepi lok ching tu ye

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...maaf tuan tanah tumpang iklan ye. Suami saya ada menjual lokching satey ikan ori from klate. COD disekitar Puchong. Pos ke seluruh Malaysia. Jika anda ingin dapatkan lokching frozen boleh hubungi segera.

    Whatsapp 016-6024607

    Terima kasih

    ReplyDelete