Wednesday, July 18, 2012

I'm back!!!

Assalamualaikum..
Hai..Saya kembali... hehehehe

lamanya tak update blog..9 bulan terbiar sepi
Hari ni rasa nak start balik...banyak benda nak cerita, banyak benda nak tulis untuk kenangan

ok lah 3 hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan..InsyaAllah, uhh tak sabarnya rasa
Ramadhan kali ni jugak 1st time nak latih anak bujang tu berpuasa..dah 6 tahun
tak sabar...suspen pun ye jugak, apa lah kerenah dia nanti...
lagi-lagi part nak bangunkan sahur kan.
Malam tadi dah cerita2 dah ngan dia...
hari ni nak bagi tengok balik CD Upin Ipin pasal puasa ni..mana la tahu kot2 membantu
macam2 perancangan nak buat ni..InsyaAllah



Thursday, October 6, 2011

Makan Gaji Buta

Ahahaha..semalam baru je post entri kata busy bebeno
Hari ni duk kat office rasa cam makan gaji buta lak
tak tau nak wat apa siap leh update blog lagi...heee

Bila tak de benda nak buat boring la pulak
sempat praktik 5S lagi kat meja kerja ku itu, banyak rupanya simpan sampah sarap selama ni
tau tak 5S tu apa...ala yang SISIH, SIMPAN, SUSUN (apa lagi 2? saya pun dah lupa la..hehe)
patutnya praktik seminggu sekali ni sebulan sekali pun tak tentu...ahahaha, anda bagaimana?..;)

Emmmm tak de pe nak citer sebenonya, saja gatal nak update.....:)

daaaaaaaaa.....

Wednesday, October 5, 2011

Hobi baru...

Lama tak jenguk umah saya ni, busy bebeno la kononnya
Biasa la nak ujung-ujung tahun ni banyak benda nak kena settle...banyak file nak kena close
tapi tu kat office la, jarang bawak balik kerja sekarang ni...Tak koserrr

Ahaaa sekarang ni dah ada hobi baru dah

Sejak2 selalu kalah pertandingan rebut remote astro ngan budak kecik tu
Hari-hari la saya dok ngadap kartun handy manny, cunglington, wordworld, little einstain, jake and never land pirates, upin ipin, flash and dash, boboiboy...huhuhu
Anak bujang tu dah pandai baca, dah pandai tekan sendiri remote..emmm memang mama tak leh menang la

Ala lagi pun sekarang x de cerita menarik la kat tv/astro tu
Sebelum ni saya tunggu citer 'Mimi mencari Cinta' (MMC) setiap khamis malam kul 9 kat Astro warna
dah abis dah pun...Cam biasa ending agak kureng best bagi saya,
tapi jauh lebih baik la dari ending Awan dania 3...huhuhu
dan saya dah buat penambahbaikan sendiri untuk ending MMC tu...ahahaha
Sekarang follow drama 'Kelaaaaas kau Maria' pulak isnin malam kul 9 jugak kat Astro ria
seminggu sekali je, so hari-hari lain saya buat apa?

Baca Novel !!!!!
Menyahut seruan kerajaan amalkan budaya membaca katanya...ahahaha boleh la
dah hampir setahun dari kali terakhir saya baca novel sebelum start balik hobi ni
banyak gak novel yang saya baca, yang belum baca lagi banyak...heeee

Sekarang tengah baca novel 'Kemilau Karya Kasih' nukilan Noorfadzillah Omar
dah hampir 2 minggu baca novel ni 1/2 buku pun lum sampai
KENAPA????
Nanti saya cerita
lepas ni rasanya entri saya banyak pasal novel kot,
hehehe cam biasa la, entri ikut hobi terkini...ahak
saya nak buat review setiap novel yabg saya baca
so layan je la hobi lama yang sedang diperbaharui ni.



daaaaaaa...

Sunday, September 11, 2011

Awal Ashaari merisik Scha Alyahya

Dah ala-ala paparazi pulak dah
wartawan hiburan pun tak sibuk kita lak nak sibuk-sibuk kan..:)
Sebab kat blog hiburan tak jumpa pun berita ni
Tak salah kan saya share sebab kat Twitter and page facebook diorang dah share...hehe

Betul ke?
Meh tengok gambar ni


Gambar ni cousin Scha sendiri post kat twitter
Saya lak copy paste je dari page Territory Scha Alyahya..ngeee

Bila ni?
tak salah 3 bulan lepas
emmmm...masa birthday Scha ke?, 30 Mei hari tu kot

Ingat tak?
kontroversi Awal tukar status relationship kepada engaged/bertunang
kat facebook 3 bulan lepas, mungkin ini la penyebabnya kot...hahahaha

Alhamdulillah
Merisik sudah, lepas ni tunggu je pengumuman seterusnya
Tahniah Scha Alyahya and Awal Ashaari
.
.
.
.
p/s Kalau salah berita ni, mintak maaf la banyak-banyak ye Awal n Scha...:)


Saturday, August 20, 2011

Schawal Meet & Greet Session. SOGO KL

Wahhh cakap omputih tajuk n3 hari ni ye

Tak lama lagi bulan Syawal nak menjelma dah kan. Aktiviti paling popular sekarang ni mestilah shopping kan Antara tempat paling sesak kat KL tu pastilah SOGO selain jalan TAR la kan

Best ke shopping raya kat situ? Saya tak pernah shopping raya kat SOGO tu  tapi tetiap tahun dengar macam2 cerita keseronokan shopping kat SOGO ni oleh penyoping2 tegarnya...heeee

So tahun ni saya pun pergilah shopping kat SOGO ni..19hb ogos 2011 tarikh keramat..hehe Pergi hari jumaat la kononnya tak sesak sebab orang tak balik kerja lagi

KEBETULAN nak shopping untuk Syawal kat SOGO hari tu dapat jumpa Schawal.
Siapa Schawal?....hehehe


Tarrrraaaaaa!!! Ni la Schawal...Scha Alyahya and Awal Ashaari...Hot couple of the year
Bila agaknya nak kahwin diorang ni ye?....huhu
Diorang ada program berpuka puasa dengan peminat anjuran SOGO
Nak berbuka sama-sama diorang kena menang peraduan dulu.
Pada peminat-peminat yang tak menang tu SOGO dah sediakan program lain


Hah tu nama la programnya
SchAwal Meet & Greet Session

Ni program pukul 4.00 sampai 5.00 petang
Scha and Awal berchatting dengan peminat-peminat secara online
Yang tak dapat jumpa Schawal dapat chatting, Yang tak dapat chatting dapat jumpa
Adil katanyakan...huhu


Amboi....sibuk melayan peminat nampak


Diorang ni sebenarnya komputer sorang satu tapi sesekali share2 balas komen gitu
nak jawap soalan cepu emas kot...hehehe
memang sweet sangat couple ni


sambil-sambil chat tu diorang layan soalan2 dari pengacara dan peminat kat situ
Lepas pukul 5.00 petang ada sesi beramah mesra ngan peminat yang datang dan jugak sesi bergambo


Scha cantik sangat petang tu...walaupun ni bukan kali pertama saya nampak dia tapi hari ni special sikit sebab dapat port best so boleh la nak tenung lama2, dapat bersalam, dapat bergambo...hahaha
Awal pun tak kurang hensem....macam nak gi nikah pun ye gak siap berbaju melayu bersampin
tak pun macam nak gi raya...hehehe

Couple ni memang sporting, spontan, selamba, ceria...macam-macam keletah diorang
senyummmmmm je memanjang,
Sampai lenguh otot pipi kata Scha
 (rugi tak dapat snap gambo masa Scha melawak urut pipi dia..hehe)

Suara Scha memang unik la.. ala-ala suara kalau tengah sakit tekak
selalu kalau tekak sakit bila becakap kita kata 'macam suara Ella' kan
tapi rasanya 'macam suara Scha' lebih sesuai.....hehehehe

SchAwal jugak sempat bergurau ngan peminat
Budak kecik sorang tu pun tersipu2 bila kena usik ngan Scha....
malu la konon padahal lepas tu becok bercerita sama teruja macam mak nyer....hahaha


Lepas sesi bergambar dan beramah mesra tu diorang dibawak gi shopping
lepas tu baru majlis buka puasa ngan peminat yang menang peraduan tu
.
Tamat...
.
So rasa-rasa kebetulan ke saya ada kat sana?...hehehe...kebetulan la sangat kan...itu dinamakan sambil menyelam minum air...:p
.
lepas tu baru la pusing-pusing tengok apa-apa yang patut nak di shopping sempena syawal...Mak datuk punya la ramai orang seolah semua barang kat SOGO tu free tau...banyak kali gak saya pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak....ye la bila tengok kaunter pungutan hasil pembayaran, punyalah panjang...last-last saya beli pensil warna and clay set je untuk anak bujang tu pun sebab kedai buku kat situ tak ada orang...hehehe boleh gitu
.
Pergi kat food court nak beli juadah berbuka, masa tu baru pukul 6.15petang, restorant semua dah penuh siap makanan dah berhidang....sabo je la.... tapau je la hotdog 1901 and air mangga Nestle. cukup la tu nanti baru carik nasi....;)
.
walaupun tak dapat nak shopping baju raya, hand bag raya, kasut raya, kuih raya kat SOGO tapi tetap enjoy!!!!....:D

.

...




Friday, August 12, 2011

Kasihan Novel-novel Kesayangan ku

Saya suka baca novel,
Saya suka beli novel.,
Sebelum baca novel-novel tu
 saya balut cantik-cantik, saya balut kemas-kemas
Masa baca novel-novel tu
Saya buka pelan-pelan, cermat
saya tak pernah lipat muka surat novel tu
saya guna penanda buku yang dah disediakan
Novel yang tak ada penanda saya buat satu khas untuk novel tu
Saya selak sehelai sehelai
Tulang novel tu pun tak pernah saya patahkan
Saya pastikan saya tak letak novel tu kat tempat yang ada kotoran
Apatah lagi tempat-tempat yang basah
Saya simpan novel-novel pada rak khas untuk mereka
Saya SAYANG SANGAT koleksi novel-novel saya

Saya kongsi cerita dengan kawan
Saya bagi kawan-kawan pinjam novel-novel saya
Sama-sama menghayati sama-sama merasai

Tapi saya sedih...

Bila Novel tu kembali pada saya, saya rasa nak menangis
Banyak muka surat novel ada kesan lipatan
Kulit novel tu pun terlipat sekali, saya tak tau kenapa
Tulang Novel pun dah patah
Bukan patah satu tempat tapi banyak tempat
macam nak tertanggal mukasurat2 novel tu
Novel saya comot
Bahagian luar comot, bahagian dalam comot
paling tak boleh terima ada kesan air tumpah atas novel
kesan kertas dah kembang kena air

Saya sedih...saya betul-betul sedih
Saya pun pinjam jugak novel kawan-kawan
Tapi saya layan novel tu macam saya layan novel saya jugak
Saya tak nak jadi kedekut tapi mungkin saya terpaksa jadi kedekut
Saya akan beri pinjam novel-novel saya pada mereka-mereka tahu menghargainya
Pada yang tidak...I am sorry friend...:(



...


Thursday, July 28, 2011

Kenapa buat Scha Alyahya macam tu?

hah kan sungguh tak sampai 24 jam Seri Ilham dah membebel balik kat sini
Kali ni sebab sakit hati



Saya sangat-sangat sakit hati bila ada orang yang cakap kata-kata lucah  macam ni pada Scha...Biadap!!!!

(Kalau cakap kat orang lain pun saya tetap akan marah ok)

Scha reply sebab dia tak paham makna ayat tu

Tapi saya jadi sangat bengang bila Mamat tu RT (Retweet)
balik macam tu...Sengal !!!

Tak boleh ke hormat orang lain?...
Gurau ke?
Gurau boleh gurau tapi agak-agak la bro

NOTE: Pada yang tak tau
Jilmek maknanya Jilat
Memek tu pulak adalah aset seorang wanita/payudara
dan ada sesetengah tempat memek tu maknanya alat kelamin perempuan

Saya Marah sebab ia merendahkan martabat perempuan!
Setiap perempuan pasti akan rasa itu adalah gangguan seksual ok
Tolong sensitif sikit!

grrrrr




...

Ucapan TERIMA KASIH itu

Jap...jap..jap...Nak sapu sawang jap....uhhh dah bersawang dah blog ni kan...:p

Mereka suka sangat sebut perkataan TERIMA KASIH ni dan saya suka, nak tau tak siapa

'Terima Kasih ma'...tiap kali mama belikan benda-benda yang anak bujang ni suka mesti dia akan cakap macam tu, tak kira la makanan, mainan, buku, apa saja yang menarik minat dia...baru2 ni sibuk betul dia tanya "mama dah gaji ke?" ...sabo je la, hai baru 5 tahun dah pandai tau, nak buku cars rupanya, kelmarin mama belilah buku tu tersengih bukan main, ralit membelek masa tu dalam kereta lagi tetiba dia ucap 'Terima Kasih ma'....rasa nak menitik air mata kau, rasa ikhlas sangat ucapan tu...syahdu mama jadi nya...
itu benda2 yang dia suka la,cuba beli benda yang tak berkenan, dia punya bising kalah mama punya bebel tau....hehe

Ada sorang lagi, dia ni supplier kat opis saya. sejak saya masuk kerja kat situ, Mr Lee ni la supplier paling bertahan...hehe...mulut manis, senyum ke kerjanya. Ayat wajib yang akan dia cakap "tak pe tak pe, terima kasih, thank you"..bagus dia ni kerja dia cekap, cepat, kalau kita nak nak bayar barang guna duit kertas singgit atau syiling pun dia tak kisah..ok ok tak pe katanya saya ler tu antara yg pernah bayor guna syiling n duit singgit lebih duit raya hehehe....sebab tu la kot rezeki dia melimpah dan bertahan kat situ...kitorang jahat tau ramai supplier datang promote barang, mana yang kitorang nak kitorang tanya Mr Lee tu dia ada tak barang2 tu...selalunya ada....rezeki dia lagi...hehehe...bukan apa senang berurusan dengan dia sebeno nya...:)

Yang ni lagi sorang..artis feveret saya, tau siapa?...Scha Alyahya la...hik..nak masuk gak nama cik kak ni, jgn marahhhhh..bukan saja2 nak masuk tapi memang itu sikap dia..merendah diri n tak lokek ucapan terima kasih. Selalu sangat ucap terima kasih kat fan..sesiapa yang follow twitter dia mesti tau, dah macam ayat wajib...pada saya la, peminat yg tweet dia than scha reply walaupun hanya dengan ucapan terima kasih pasti buat hati berbunga-bunga kan..sejuk hati...hehe

ok la nanti Seri Ilham membebel lagi kat sini ye...TERIMA KASIH sudi bertandang....:D

...


Sunday, July 17, 2011

In tray...Out tray

Apa tu?
Itu maknanya kerja...kerja...kerja

Tak tau nak start dari mana
in tray lagi banyak dari out tray ni...uwaaaa

Tension tul la bagi kerja last-last minit macam ni
Hari ni bagi minggu depan EVERYTHING kena siap
Giler!!!
serius kepala otak dah jem dah sekarang ni....huhu

dah tu sempat update blog pulak ye?

 Mood tension berada dimana-mana

Tu maknanya mau RELEASE TENSION.....arghhhhhhhhhhh!!!!!

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!




...ok sambung kerja balik...



...



Friday, July 15, 2011

Dunia KITA episod 8 (akhir)

Haiiii...kembali bersiaran selepas seminggu bertapa...hehe

Seri Ilham tengah dalam mood teruja ni....baru lepas menonton last episode Dunia KITA
ohhhhh....How sweet ending tadi.......sweet sangat sangat...sukeeeeeeee...:D

Petang tadi masa dok tunggu Dunia Kita ni bersiaran macam2 rasa ada....tak sabar, suka, sedih
Ye la dalam 1/2 jam siaran mesti harap ending yang best kan....

Mula-mula start tadi macam tak best jugak la..tak tau kenapa tapi rasa macam emosi yang nak disampaikan pelakon2 nya semua tak sampai, baik Rania, mami Dessy, Abah, Aressa...semua macam tak menjadi

Masa abah and Rania jumpa mami sebab nak cari Aressa yang dah lari, Mami nampak berusaha sangat nak jadi terharu, Rania pulak macam tak de perasaan...sedih pun tak, terharu pun tak, gembira pun tak...mungkin masih keliru

Diorang semua jumpa Aressa kat pub kat Bukit Bintang, Aressa kena kacau dengan mamat2 buaya. Rania and Aliff yang sampai dulu untuk selamatkan Aressa...Rania tertolak and kepalanya terhantuk...Rania Koma (macam tak logik pun ada ni....heee)

Scene kat hospital...adehhhhh sekali lagi terseksa betul tengok Aressa and mami nak ekspresikan watak menangis and sedih tu...serius tak sampai feel tu kat saya...terseksa ada...hehe

Masa Danial datang melawat Rania tu baru rasa terharu sikit....macam sedih je Danial tengok Rania, Sudi jugak Danial datang kan....mungkin Danial rasa bersalah
Aressa datang kata ada malam gala dan harap sangat Rania ada sekali...

Jeng....Jeng...Jengggggg.....Start part ni la saya rasa best sangat

Aliff cipta lagu dan dedikasikan untuk Rania, dia harap Rania dapat dengar lagu tu
Lagu tu di cipta untuk seseorang yang disayangi dan telah lama berada didalam hatinya...wahhhhh terharunya
Tak sangka Aliff romantik orangnya
Aliff dah hensem masa ni tau...hehehe

Aliff menyanyi penuh perasaan sampai tutup2 mata gitu
bila buka mata....Rania dah ada kat depan dia.......hehehe
saya akan sentiasa disisi awak.......sampai bila-bila?....ye sampai bila-bila
wow pasti Rania pun tak sangka Aliff suka dia selama ni kan...hik


Danial dah couple semula ngan Zara, kalau yang tengok kat astro saja mesti tak tau macam mana Zara boleh terima Danial balik kan...Tapi kalau siapa tengok episod 7 yang Pink Daisy upload pasti tau Zara dah tau Danial tolak cinta Rania, Rania pun dah tau Danial cintakan Zara sebenarnya dan dia boleh terima...episod yang Pink Daisy upload tu ada xtra scene...hehehe...bagus gak kalau tak mesti saya pun kompius kenapa Zara boleh terima Danial.


Apa pun saya suka ending Dunia Kita ni.....tak di sangka but sweet sangat
Rania pun comel je...sakit sakit ngan kepala berbalut, reben tetap ada....fesyen katanya....hehehe....cute je


_____________________________________________________________________
Rumah siap pahat berbunyi....hik


ada beberapa persoalan disini
1) Rania datang ke hospital dengan siapa? kan semua kawan and famili kat konsert tu
2) Sebelum konsert semua keluarga and kawan-kawan nampak happy je kat konsert tukan...tak ingat Rania kat hospital ke?.... huhuhu...sian Rania


...TAMAT...

Tuesday, July 12, 2011

Dunia KITA episod 7

Episod paling best setakat ini...bermain dengan emosi.

Rania betul-betul tertekan dengan banyak benda yang dia baru tau
Paling mengejutkan Datin Dessy itulah Mami...Rania tak boleh terima kenyataan
Merajuk sudah...Tak pergi kolej...Tutup blog....berkurung dalam bilik

Bahagian paling touching bila abah terangkan kenapa mami tinggalkan Rania dan abah
Dua-dua salah....Mami salah....Abah pun salah...dua-dua menyesal
Saya pun rasa sebak bila tengok Rania menangis..nangis betul-betul tau
(Kalau siapa peminat scha alyahya tak kira la peminat mati keras ke peminat kipas mati ke peminat sepenuh hati ke gerenti tau apa filem atau drama yang ada scene scha nangis. Bagi saya dalam banyak-banyak tu rasanya kali ni yang scha betul-betul nangis..)

Opss ada selingan pulak.....ok ok

Rania dengan Aressa ni tak habis-habis nak bergaduh
"Aku benci kau"...."eh kita ada persamaan la aku pun benci kau"
macam budak-budak...nasib baik ada Aliff kalau tak sebijik macam budak tadika bergaduh tau

Daniel jumpa Rania nak mintak maaf...aduhhh part ni pun touching gak
Saya nak minta maaf....Memang patut pun, awak bersalah
Saya tak sepatutnya permainkan perasaan awak....Awak tak sepatutnya tapi awak dah permainkan
Saya betul-betul menyesal.....Nasi dah jadi bubur, saya harap lepas ni awak lebih sensitif perasaan orang
Saya akan cuba..........I really like you
Ss s saya.......It's ok saya dah tau jawapannya
Saya minta maaf, saya pergi dulu.............
Huwaaaa sedihnya bila cinta ditolak...Kesian Rania...
Tapi memang tabik spring la kat Rania, berani berterus terang

Danial jumpa Zara....Daniel cakap dia suka Zara
Zara tolak, walaupun hakikatnya Zara suka Daniel jugak
Zara tolak mungkin sebab Rania....Zara pilih persahabatan
Tapi kalau saya jadi Rania saya sedih dengan tindakan Zara
Tapi saya sokong tindakan Zara......emmmmm.....anda?

Cintanya ditolak....Kecewa....Rania setuju nak tukar kolej perubatan macam abah suka
Rania nak lari dari Daniel
Rania nak lari dari Aressa
Rania nak lari dari dunia fesyen.....mungkin sebab mami
Rania nak lari dari segala-galanya

Tapi Rania dapat berita lagi....Rania ada adik...masa mami pergi dulu mami bawak adik sekali
Rania kakak Aressa......Aressa adik Rania...

emmm tak tau macam mana penerimaan Rania  and Aressa nanti
Kena tunggu episod 8(akhir) jumaat ni ok....


.....

Saturday, July 9, 2011

Operasi BERSIH

Dalam 2 minggu ni kalut betul la dengan BERSIH ni
Tutup jalan sana tutup jalan sini
Road block dimana-mana
Surat pekeliling lagi kesemua agensi kerajaan
Mak aiiii pakai baju kuning pun tak boleh
sebab katanya hari ni 9/7/2011 ada perhimpunan BERSIH kat Stadium Merdeka nuuuuu ha

ehhhh jap jap.....BERSIH tu apa???
Entah saya pun tak tau....akakaka
maleh den nak amik tau...tak menguntungkan
yang saya tau tu antara permainan politik.....lagi la aku tak mo tau..
Tapi kalau agenda BERSIH ni nak tarik perhatian kerajaan, nak alihkan tumpuan kerajaan
Kira diorang berjaya la kan......Kalut sungguh

Hari ni malas la nak kuar umah
lagi-lagi kalu agenda nak menghala ke Kuala Lumpur....lupakan je la..Tak payah carik pasal
Gerenti jem merata-rata....huhu

So hari ni saya buat operasi BERSIH saya sendiri...mari membersihkan rumah....hehehe
Jom sapu rumah
Jom vakum lantai
Jom sental semua bilik air
Jom cabut rumput kat laman depan
Jom basuh kain
Jom tukar semua sarung kusyen n langsir
Jom hantar langsir n sarung kusyen kotor ke dobi......ahahaha

Lagi berfaedah kan....Jom la join saya, wat kat umah masing-masing...;p

Selamat menyental (wish pada diri sendiri ni...hik)


...

Wednesday, July 6, 2011

KELEDEK ku bertukar jadi UBI KAYU

Pelik tak?...
Pelik tau....Pelik sangat-sangat
saya sampai sekarang ni masih tak boleh nak percaya
macam mana keledek saya tu boleh bertukar jadi ubi kayu

Rasanya betul dah
saya tengok
saya belek
saya pilih
saya yakin
yang saya ambik kat kedai tadi tu keledek...tapi tiba2 keledek tu jadi transformer,
tukar jadi ubi kayu lak....pelik kan.

Ooooo..Tetiba teringat lak dulu bukan main dok gelakkan En. hubby beli barang dapur
Daun sup/saderi jadi daun ketumbar
Daun bawang jadi daun kucai
hahahahahaha....lawak...lawak
Tak cukup kena gelak....kena bebel pulak...bior ingat jadi pengajaran katanya
alahai kesiannya la suamiku itukan
sekarang baru ku tau......macam kena tulah pulak
Ayah sumpah mama ke?...ampunkan lah patik tuanku..patik tak buat lagi dahhh...hehehe.

Hari ni sebenonya nak 'masak lemak pucuk geti dengan keledek'
dah keledek tu nak sangat jadi transformer nak buat macam mana
so akhirnya hari ni 'masak lemak pucuk geti dengan ubi kayu' la ye
belasah je la....tetap sedap gak...penting tu!!......hohoho
Tapi malu ah nak post gambar and resepi kat sini.....heeeee

Pengajaran ayat: Kenal betul-betul mana keledek mana ubi kayu.....:p

...

Monday, July 4, 2011

Dunia KITA episod 6

Duhai Hati

Tak tau apa akan saya buat kalau saya jadi Rania...
Sungguh! episod minggu ni penuh emosi...sudahlah kawan baik ada hubungan dengan buah hati, kala hati masih belum boleh memaafkan, terserempak pulak dengan abah, insan yang paling disanjungi, yang paling dihormati, yang paling disayangi memeluk orang yang selama ini mejadi idola dan inspirasi......pasti akan rasa betul-betul dikhianati kan.

Tapi syukur...Rania ada kawan sejati. kawan yang sentiasa ada waktu susah, waktu senang, waktu gembira, waktu sedih....

5 minit terakhir....Saat abah terangkan siapa Datin Dessy, saat abah kenalkan itulah mami....Saya yang dok menonton ni pun hati dah rasa lain macam je, hampir-hampir nak menitik jugak air mata bila tengok Rania berperang dengan emosi cuba menidakkan kenyataan....apa tidaknya

Mak yang selama ini disanjungi
Mak yang selama ini dirindui
Mak yang selama ini dianggap dah pergi menemui Ilahi
rupa-rupanya masih hidup...

Kenapa mami mesti muncul tatkala hati mula membenci sejak nampak dia bersama abah...susahnya nak terima kenyataan itu kan....
(sorry teremosi, saya bab2 melibatkan mak abah ni memang sensitif sikit)

TAK NAKKKKKKK !!!!!!


Daniel?...selamat jalan romeo...Tak de la heeeebat sangat kasanova kolej ni kannnnnn...Kalau Rania (yang kononnya petik jari je leh ada dalam genggaman) pun tak boleh nak dapat maknanya tak bagus la tu kan....sian la you Daniel, salah strategi nampaknya

Aressa?...siapa sebenarnya Aressa ni?...apa hubungan dia dengan Datin Dessy?

tak sabar nak tunggu next episode...

Saturday, July 2, 2011

My Darling

Nak kenal tak ngan My Darling?


Taraaaaaa....comel tak darling I...heeee




MOTIF nak menayang darling ni?



nak carik mood ....nak jahit blouse baru
blouse lama?......boring la dok pusing2 baju sama je



Esok ada majlis sikit...nak melaram katanya
HAHAHAHAHA
tu sebab utama yang sebenonyer.....:p
tak senonoh betul


...

Friday, July 1, 2011

Hobi Baru

Korang tak payah tanya la apa hobi Cik Seri ni, memang tak de yang konsisten nyer
Sesuka hati dia je yang penting happy...hik

Dulu saya suka shopping kain pasang, ada je kain yang saya nak beli
Kamdar, Nagoya, Jakel, Gulatis, Euromoda
semua dah pernah masuk dah...dah shopping dah
Hishhh bahaya hobi ni, mengganggu ketebalan dompet

Pastu saya menjahit pulak, ni kira kemahiran semulajadi la kot
tinggal lagi nak dengan tak nak menjahit je...huhu
tapi bila datang mood  tu...huiii semua saya nak jahit
siap pergi kelas menjahit lagi tau
Buku-buku jahitan tak yah cakap la, semua saya ada
mesin jahit?....mesin jahit industri lagi ko + mesin jahit tepi....tak hingat sungguh
bukan beria sangat pun amik tempahan, ikut suka je

Agak-agak dah kurang sikit mood menjahit tukar hobi lagi
Memasak la pulak
Satu hari satu resepi baru...hehehe
itu time mood memasak kat level paling tinggi la
majalah masakan yang memang saya langgan tetiap bulan...Majalah Rasa
Biasanya masak yang simple2 je

Kadang-kadang tukar lak hobi meng onlinekan diri pulak
Habis la semua cerita online saya layan
Facebook ngan twitter layan sekali la
Anak bujang la paling happy sebab buleh tengok kartun
mama tak kacau...hehehe

Apa lagi?....hobi make over rumah
Habis saya tukar-tukar kedudukan perabot ngan hiasan rumah..hik
sekali sekala je..tak larat la....penat..:p

Yang terbaru ni...Layan Novel
Membaca dah kira hobi semulajadi la
Majalah, artikel, novel, komik, semua saya baca
koleksi benda2 tu semua memang banyak
satu almari tu khas untuk koleksi buku n majalah-majalah saya je...hehe
Sekarang banyak ni senarai novel yang saya nak baca
lagi-lagi bila dah join geng-geng peminat novel kat blog Penulisan2u
ada hati nak tulis novel pulak....hehe berangan!!
Nanti saya buat n3 novel2 yang saya baca ye

Lepas ni tak tau apa pulak hobi saya, biasanya yang sama kat atas tu je
pusing...pusing...pusing.... hattt tu la jugak

______________________________________________
hehehe...ni namanya tak tau nak update apa.
n3 merapu....:p

Thursday, June 30, 2011

Kurang ajar !! Biadap !!

Siapa tak pernah Marah?
Tak pernah marah?.....huh.. tak normal namanya tu
hohoho...

Kalau tengah marah giler pada sesorang
Jangan cakap
".....memang KURANG AJAR!!" atau "KURANG AJARnya...." atau yg sewaktu dengannya la
sebab ayat tu boleh disalah anggap
bukan marah dia tapi seolah-olah kita menghina ibubapanya
tak baik...tak baik...tak bagus

so, nak cakap apa?

"........memang BIADAP!!" atau "BIADAPnya kau ni" ...apa-apa la
emmmm itu lebih tepat ditujukan pada orang yang kita marah tu
RUDE!! pun boleh la kalau dia faham bahasa Inggeris...hik

atau

MAAFKAN aje
COOL DOWN, jangan la marah-marah
(yang ini sendiri pun tak boleh jamin buleh buat ke tak.... biasa la tengah marah kan...:p)

ok sekian sessi info untuk hari ini..hehehe
Ini pesanan dari Mr Bos untuk semua staff pagi tadi sebenarnya
rasa macam sesuai je nak share buat renungan kan...:)


...

Saturday, June 25, 2011

Dunia KITA episod 5

KONFLIK CINTA dan PERSAHABATAN

Abah Rania ni tak putus asa, macam-macam cara nak pujuk Rania ambik Medic
Rania dah tau taktik abah dah...tak jalan la abah...hik

Zara dah popular sekarang
Lagu dia dah berkumandang di radio kolej
Aizat hantar e-mail? Nak berduet dengan Zara?...Wahhhhh
Sudah heboh satu kolej
Minah tah apa2 tu jeles pulak dengan Zara, Jeles ngan Rania pun tak abis lagi tu
Ada plan lagi la tu nak kenakan Zara and Rania...huh

Zara pun semakin rapat dengan Daniel
Pergi tengok wayang sama-sama
Tapiiiiii dah tak ada masa untuk kawan-kawan baik dia
Dah lama tak lepak sama-sama
berbincang sama-sama
Aliff and Rania rasa kehilangan Zara

Sepandai-pandai tupai melompat
Kantoiiiii !!!
Rania terserempak Daniel baru balik dating dengan Zara
Sengal sungguh si Daniel ni salahkan Zara konon nya Zara yang pikat dia
Rania marah sangat...lari gi masuk toilet....huhuhu..tak de tempat lain ke
zara kejar
Rania suruh Zara tinggalkan Daniel sebab dia suka Daniel
Zara suruh Rania tinggalkan Daniel sebab dia pun suka Daniel
abis tu macam mana?
Dek kerana Daniel sengal tu Rania and Zara sudah bergaduh...dua-dua tak nak mengalah
aikkk...Aliff you buat apa dalam toilet perempuan ni?..hehe

Aliff jumpa Daniel
Aliff nak tumbuk Daniel
Tapi...ada Daniel kesah?..harrammm..huh
Aliff mintak Zara tinggalkan Daniel...tapi entahlah

last part
Datin Dessy datang jumpa abah
Abah suruh Datin Dessy jangan jumpa Rania
tau apa Dessy cakap?
Saya ada hak "she is my daughter"
hohohoho

Tak sabar nak tunggu next episode, apalah akan jadi seterusnya






Dunia KITA episod 4

Aisehhhhh sedikit bermain dengan emosi la episod 4 Dunia Kita ni, kena sangat ceritanya sempena Hari bapa...huhuhu..ni yang rasa nak balik kampung sekarang jugak nak peluk abah, nak cium abah...
Rindu sudah pada abahku


Rania dah dapat keputusan exam...1A yang lain C katanya...hayooook sudah takut nak bagi tau abah dia sebab tak dapat Anugerah Dekan..takut kena tukar ambik medic atau law...hehehe...dan dan tu la jadi budak baik, rajinnnn tolong abah kat kedai ye Rania...alaaaaa tapi abah dah tau la Rania dapat 1A je sebab abah dah pasang spy (erkkk sapa la spy tu agaknya?)...."Rania yang tak faham ke, abah yang tak faham-faham?" huh marah sungguh cik Rania tu kat abah dia...merajuk sudah

Aliff ni bagus la..tenangkan Rania yang tengah marah pada abah...

Cerita mamat kasanova ni pulak....amboiiiii Daniel dah start dah nak jual minyak pada Zara, nak lengkapkan kuota 365hari 365awek dia la tu....si Zara ni pun bukan main lagi suka ye..."Dengan yang lain-lain tu main-main je dengan awak betul-betul" iye la tu Daniel...Kalau la Rania dengar kecik hati dia...(ehhh tapi Daniel bukan suka kat Rania pun kan...huhu sian Rania)....TAPI memang dasar buaya darat si Daniel ni, lepas mengayat Zara gi jumpa Rania ajak gi makan tempat special, Papaku grill katanya....hehehe.. silap besar la, Rania sudah tersentuh dengar kisah Papaku Grill...tak pasal-pasal Daniel kena tinggal...tak jadi la nak dating

Rania balik jumpa abah..Rania mintak maaf...tapi abah bagi syarat kalau Rania nak terus belajar fasion tak boleh kerja dengan Datin Dessy...emmm tak mau Rania hilang fokus pada pelajaran kot

Aressa pulak...eiiii menyampah betul ngan minah ni...tah apa-apa....apa la yang dia benci sangat kat Rania tu...Asalnya nak suruh Daniel tu goda Rania sebab nak malukan Rania kot, tetiba sekarang nak arah-arah Daniel jadi macam badut2 dia pulak...nak buat Rania berhenti kolej...Kalau saya jadi Daniel pun rasa nak debik je minah ni.

Macam biasa la kan ada beberapa persoalan disini...hehe

1) Kenapa abah sungguh-sungguh tak bagi Rania kerja dengan Datin Dessy?, macam ada rahsia tersembunyi je

2) Macam mana Aressa boleh berada lepak2 kat butik Datin Dessy?...Apa hubungan Aressa dengan Datin Dessy?....kenapa Aressa panggil Datin Dessy "perempuan tu"?....

Kena tengok next episod ni..

___________________________________

pstttt perasan tak ni n3 tertunda...hik hik hik...dah taip tapi dok simpan dalam draff...lupa nak post.
bila nak post n3 Dunia Kita episod 5 baru perasan......sorry geng...:)

Sunday, June 19, 2011

Ku bawa diri bersama duka lara

Tajuk macam tragis kan
Memang tragis la tau tak...huwaaaaaaaa
pagi minggu yang penuh tragis
bukak TV/astro...Audio tak de....Tension
Anak bujang dah menjerit-jerit tak leh tengok kartun....Double tension
Masuk kain dalam mesin...on...Aik rosak pulak....Uwaaaaaa tension! tension! tension!
Aduhh la...terbayang2 not-not macam2 kaler yang kena keluar nanti

Akak ipar sms anak buah masuk ICU
second operation sebab apendik dah pecah
Incik hubby kerja..kena gi sendiri
sesattttttttt!!!...salah masuk highway...uwaaaaa
pusing punya pusing punya pusing sampai jugak
Terus gi wad...waktu melawat dah nak abis....adehhh lapar ni

balik singgah umah Mentua kesayangan ku, yang terbaik, yang penyayang
motif puji lebih-lebih?
Sampai2 terus masuk dapur bukak tudung saji...hua hua hua...
menantu dah kebulur itu la rupanya..hik
sambal sotong, ikan tenggiri goreng, pecal
pehhhh sedapnya mak masak...ehhh puji bukan sebarang puji
ibu mentua ku memang terer bab masak memasak ni
cuma menantu sorang ni je tak reti2 nak amik ilmu....hehe

lepak-lepak tengok TV...tiba-tiba
ZZZzzzzzZZZzzzzzZzzZzZzzz
tu dia baguih do ada...bantai tido pulakkkk
Anak bujang? tak tido...atuk ngan nenek rajin melayan
bangun-bangun teh o panas ngan goreng pisang dah siap
tak senonoh betul menantu sorang ni kan..heeee

pukul 6 balik umah
tak leh balik malam-malam
kecekapan pemanduan waktu malam ku agak membimbangkan...:p
TV still tak ada Audio...bagi anak bujang layan video la
Mama apa lagi..online laaaa

Dah report kat astro masalah audio tu
Esok isnin
Nasib baik Awan Dania n Nora Elena dah abis
kalau takkkkkk......