Saturday, June 25, 2011

Dunia KITA episod 4

Aisehhhhh sedikit bermain dengan emosi la episod 4 Dunia Kita ni, kena sangat ceritanya sempena Hari bapa...huhuhu..ni yang rasa nak balik kampung sekarang jugak nak peluk abah, nak cium abah...
Rindu sudah pada abahku


Rania dah dapat keputusan exam...1A yang lain C katanya...hayooook sudah takut nak bagi tau abah dia sebab tak dapat Anugerah Dekan..takut kena tukar ambik medic atau law...hehehe...dan dan tu la jadi budak baik, rajinnnn tolong abah kat kedai ye Rania...alaaaaa tapi abah dah tau la Rania dapat 1A je sebab abah dah pasang spy (erkkk sapa la spy tu agaknya?)...."Rania yang tak faham ke, abah yang tak faham-faham?" huh marah sungguh cik Rania tu kat abah dia...merajuk sudah

Aliff ni bagus la..tenangkan Rania yang tengah marah pada abah...

Cerita mamat kasanova ni pulak....amboiiiii Daniel dah start dah nak jual minyak pada Zara, nak lengkapkan kuota 365hari 365awek dia la tu....si Zara ni pun bukan main lagi suka ye..."Dengan yang lain-lain tu main-main je dengan awak betul-betul" iye la tu Daniel...Kalau la Rania dengar kecik hati dia...(ehhh tapi Daniel bukan suka kat Rania pun kan...huhu sian Rania)....TAPI memang dasar buaya darat si Daniel ni, lepas mengayat Zara gi jumpa Rania ajak gi makan tempat special, Papaku grill katanya....hehehe.. silap besar la, Rania sudah tersentuh dengar kisah Papaku Grill...tak pasal-pasal Daniel kena tinggal...tak jadi la nak dating

Rania balik jumpa abah..Rania mintak maaf...tapi abah bagi syarat kalau Rania nak terus belajar fasion tak boleh kerja dengan Datin Dessy...emmm tak mau Rania hilang fokus pada pelajaran kot

Aressa pulak...eiiii menyampah betul ngan minah ni...tah apa-apa....apa la yang dia benci sangat kat Rania tu...Asalnya nak suruh Daniel tu goda Rania sebab nak malukan Rania kot, tetiba sekarang nak arah-arah Daniel jadi macam badut2 dia pulak...nak buat Rania berhenti kolej...Kalau saya jadi Daniel pun rasa nak debik je minah ni.

Macam biasa la kan ada beberapa persoalan disini...hehe

1) Kenapa abah sungguh-sungguh tak bagi Rania kerja dengan Datin Dessy?, macam ada rahsia tersembunyi je

2) Macam mana Aressa boleh berada lepak2 kat butik Datin Dessy?...Apa hubungan Aressa dengan Datin Dessy?....kenapa Aressa panggil Datin Dessy "perempuan tu"?....

Kena tengok next episod ni..

___________________________________

pstttt perasan tak ni n3 tertunda...hik hik hik...dah taip tapi dok simpan dalam draff...lupa nak post.
bila nak post n3 Dunia Kita episod 5 baru perasan......sorry geng...:)

No comments:

Post a Comment