Thursday, June 30, 2011

Kurang ajar !! Biadap !!

Siapa tak pernah Marah?
Tak pernah marah?.....huh.. tak normal namanya tu
hohoho...

Kalau tengah marah giler pada sesorang
Jangan cakap
".....memang KURANG AJAR!!" atau "KURANG AJARnya...." atau yg sewaktu dengannya la
sebab ayat tu boleh disalah anggap
bukan marah dia tapi seolah-olah kita menghina ibubapanya
tak baik...tak baik...tak bagus

so, nak cakap apa?

"........memang BIADAP!!" atau "BIADAPnya kau ni" ...apa-apa la
emmmm itu lebih tepat ditujukan pada orang yang kita marah tu
RUDE!! pun boleh la kalau dia faham bahasa Inggeris...hik

atau

MAAFKAN aje
COOL DOWN, jangan la marah-marah
(yang ini sendiri pun tak boleh jamin buleh buat ke tak.... biasa la tengah marah kan...:p)

ok sekian sessi info untuk hari ini..hehehe
Ini pesanan dari Mr Bos untuk semua staff pagi tadi sebenarnya
rasa macam sesuai je nak share buat renungan kan...:)


...

Saturday, June 25, 2011

Dunia KITA episod 5

KONFLIK CINTA dan PERSAHABATAN

Abah Rania ni tak putus asa, macam-macam cara nak pujuk Rania ambik Medic
Rania dah tau taktik abah dah...tak jalan la abah...hik

Zara dah popular sekarang
Lagu dia dah berkumandang di radio kolej
Aizat hantar e-mail? Nak berduet dengan Zara?...Wahhhhh
Sudah heboh satu kolej
Minah tah apa2 tu jeles pulak dengan Zara, Jeles ngan Rania pun tak abis lagi tu
Ada plan lagi la tu nak kenakan Zara and Rania...huh

Zara pun semakin rapat dengan Daniel
Pergi tengok wayang sama-sama
Tapiiiiii dah tak ada masa untuk kawan-kawan baik dia
Dah lama tak lepak sama-sama
berbincang sama-sama
Aliff and Rania rasa kehilangan Zara

Sepandai-pandai tupai melompat
Kantoiiiii !!!
Rania terserempak Daniel baru balik dating dengan Zara
Sengal sungguh si Daniel ni salahkan Zara konon nya Zara yang pikat dia
Rania marah sangat...lari gi masuk toilet....huhuhu..tak de tempat lain ke
zara kejar
Rania suruh Zara tinggalkan Daniel sebab dia suka Daniel
Zara suruh Rania tinggalkan Daniel sebab dia pun suka Daniel
abis tu macam mana?
Dek kerana Daniel sengal tu Rania and Zara sudah bergaduh...dua-dua tak nak mengalah
aikkk...Aliff you buat apa dalam toilet perempuan ni?..hehe

Aliff jumpa Daniel
Aliff nak tumbuk Daniel
Tapi...ada Daniel kesah?..harrammm..huh
Aliff mintak Zara tinggalkan Daniel...tapi entahlah

last part
Datin Dessy datang jumpa abah
Abah suruh Datin Dessy jangan jumpa Rania
tau apa Dessy cakap?
Saya ada hak "she is my daughter"
hohohoho

Tak sabar nak tunggu next episode, apalah akan jadi seterusnya






Dunia KITA episod 4

Aisehhhhh sedikit bermain dengan emosi la episod 4 Dunia Kita ni, kena sangat ceritanya sempena Hari bapa...huhuhu..ni yang rasa nak balik kampung sekarang jugak nak peluk abah, nak cium abah...
Rindu sudah pada abahku


Rania dah dapat keputusan exam...1A yang lain C katanya...hayooook sudah takut nak bagi tau abah dia sebab tak dapat Anugerah Dekan..takut kena tukar ambik medic atau law...hehehe...dan dan tu la jadi budak baik, rajinnnn tolong abah kat kedai ye Rania...alaaaaa tapi abah dah tau la Rania dapat 1A je sebab abah dah pasang spy (erkkk sapa la spy tu agaknya?)...."Rania yang tak faham ke, abah yang tak faham-faham?" huh marah sungguh cik Rania tu kat abah dia...merajuk sudah

Aliff ni bagus la..tenangkan Rania yang tengah marah pada abah...

Cerita mamat kasanova ni pulak....amboiiiii Daniel dah start dah nak jual minyak pada Zara, nak lengkapkan kuota 365hari 365awek dia la tu....si Zara ni pun bukan main lagi suka ye..."Dengan yang lain-lain tu main-main je dengan awak betul-betul" iye la tu Daniel...Kalau la Rania dengar kecik hati dia...(ehhh tapi Daniel bukan suka kat Rania pun kan...huhu sian Rania)....TAPI memang dasar buaya darat si Daniel ni, lepas mengayat Zara gi jumpa Rania ajak gi makan tempat special, Papaku grill katanya....hehehe.. silap besar la, Rania sudah tersentuh dengar kisah Papaku Grill...tak pasal-pasal Daniel kena tinggal...tak jadi la nak dating

Rania balik jumpa abah..Rania mintak maaf...tapi abah bagi syarat kalau Rania nak terus belajar fasion tak boleh kerja dengan Datin Dessy...emmm tak mau Rania hilang fokus pada pelajaran kot

Aressa pulak...eiiii menyampah betul ngan minah ni...tah apa-apa....apa la yang dia benci sangat kat Rania tu...Asalnya nak suruh Daniel tu goda Rania sebab nak malukan Rania kot, tetiba sekarang nak arah-arah Daniel jadi macam badut2 dia pulak...nak buat Rania berhenti kolej...Kalau saya jadi Daniel pun rasa nak debik je minah ni.

Macam biasa la kan ada beberapa persoalan disini...hehe

1) Kenapa abah sungguh-sungguh tak bagi Rania kerja dengan Datin Dessy?, macam ada rahsia tersembunyi je

2) Macam mana Aressa boleh berada lepak2 kat butik Datin Dessy?...Apa hubungan Aressa dengan Datin Dessy?....kenapa Aressa panggil Datin Dessy "perempuan tu"?....

Kena tengok next episod ni..

___________________________________

pstttt perasan tak ni n3 tertunda...hik hik hik...dah taip tapi dok simpan dalam draff...lupa nak post.
bila nak post n3 Dunia Kita episod 5 baru perasan......sorry geng...:)

Sunday, June 19, 2011

Ku bawa diri bersama duka lara

Tajuk macam tragis kan
Memang tragis la tau tak...huwaaaaaaaa
pagi minggu yang penuh tragis
bukak TV/astro...Audio tak de....Tension
Anak bujang dah menjerit-jerit tak leh tengok kartun....Double tension
Masuk kain dalam mesin...on...Aik rosak pulak....Uwaaaaaa tension! tension! tension!
Aduhh la...terbayang2 not-not macam2 kaler yang kena keluar nanti

Akak ipar sms anak buah masuk ICU
second operation sebab apendik dah pecah
Incik hubby kerja..kena gi sendiri
sesattttttttt!!!...salah masuk highway...uwaaaaa
pusing punya pusing punya pusing sampai jugak
Terus gi wad...waktu melawat dah nak abis....adehhh lapar ni

balik singgah umah Mentua kesayangan ku, yang terbaik, yang penyayang
motif puji lebih-lebih?
Sampai2 terus masuk dapur bukak tudung saji...hua hua hua...
menantu dah kebulur itu la rupanya..hik
sambal sotong, ikan tenggiri goreng, pecal
pehhhh sedapnya mak masak...ehhh puji bukan sebarang puji
ibu mentua ku memang terer bab masak memasak ni
cuma menantu sorang ni je tak reti2 nak amik ilmu....hehe

lepak-lepak tengok TV...tiba-tiba
ZZZzzzzzZZZzzzzzZzzZzZzzz
tu dia baguih do ada...bantai tido pulakkkk
Anak bujang? tak tido...atuk ngan nenek rajin melayan
bangun-bangun teh o panas ngan goreng pisang dah siap
tak senonoh betul menantu sorang ni kan..heeee

pukul 6 balik umah
tak leh balik malam-malam
kecekapan pemanduan waktu malam ku agak membimbangkan...:p
TV still tak ada Audio...bagi anak bujang layan video la
Mama apa lagi..online laaaa

Dah report kat astro masalah audio tu
Esok isnin
Nasib baik Awan Dania n Nora Elena dah abis
kalau takkkkkk......



Friday, June 17, 2011

Episod Akhir Nora Elena Kurang Best

Wah wah wahhhh...mulut tak ada insurans betul Cik Seri ni kan...Penulis skrip punya pecah kepala nak bagi ending best punya sesedap rasa kata ending Nora Elena tak best pulak......hahaha

ye la ye la...tau la happy ending tapi macam takkkkk...takkk...takk tau la, macam ada yang kurang. see, cik seri ni happy ending pun nak complain, ending tergantung apatah lagi kan hehe.

Drama Nora Elena ni adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci,Orang kata best tapi mintak maaf la ye saya tak boleh nak abiskan baca novel ni...huhuhu....sebab cara dia ditulis tak boleh diterima oleh 'CPU' saya, dah tu kalau sambil baca novel tu beberapa kali boleh terlelap tu, tak ke haru....hai tengok drama je la

ok review sikit cerita Nora Elena ni...Kisah tentang seorang gadis baik tapi sudah dirampas mahkotanya ketika umur 15 tahun. Bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Eid tak berapa minggu lagi tapi dek kerana sikap cemburu tahap dewa si Eid ni tentang hubungan Nora dengan bosnya, Seth akhirnya ikatan pertunangan mereka putus disaat majlis hampir berlangsung. yeahhh hero sudah datang, Seth menawarkan diri jadi pengganti pengantin lelaki demi menjaga maruah keluarga Nora...Elehhh Seth sebenarnya cinta pada si Nora tu sebab tu sanggup tawarkan diri. Nora tak nak apatah lagi Eid dah menyesal tapi atas keputusan keluarga Nora terpaksa kawin dengan Seth. Macam-macam cara, macam-macam idea Seth cuba nak tawan hati Nora, pendek kata habis keluarlah segala keromantikan Seth tu tapi Nora buat dekkkk je. Hadiah percutian bulan madu dari KC (bos Nora) akhirnya mencairkan hati Nora Elena. Seth betul-betul dapat hadiah bulan madu...Rumahtangga diorang ni tak pernah aman sebab ada Yvonne yang guna macam2 fitnah untuk pisahkan Seth n Nora sebab dia terlalu cintakan Seth...memang jahat giler..Hari-hari kena sumpah si Yvonne ni. tapi akhirnya rahsia Yvonne terbongkar disaat rahsia Seth sebenarnya yang rogol Nora jugak terbongkar. Nora pulak disahkan mengandung...Nora jadi benci pada Seth. Tapi Seth tetap jaga Nora hingga bersalin. Yvonne pulak culik baby tu dan ugut Seth supaya kawin dengan dia kalau nak baby selamat. ketangkasan inspektor Amir akhirnya Yvonne dapat diberkas, Baby Kasih selamat, Nora dapat terima Seth...Habisssss....hehehehe...kalau saya jadi penulis skrip confirm tak akan capai punya la 2.7 juta penonton untuk episod akhir Nora Elena ni..hik

ok berbalik pada tajuk post....tak dinafikan episod akhir Nora Elena memang mendebarkan jalan cerita nya lagi2 part Yvonne campk baby dari kereta. huh macam terhenti kejap jantung. tapi yang kurang nyer part lasttttt sekali lepas beberapa bulan kejadian tu.....emmm tak kan lepas beberapa bulan baru Seth nak tanya Nora samada Nora dah maafkan dia atau tak...Abis tu selama beberapa bulan tu Seth pandang Nora, Nora pandang Seth je ke? Tak kan segala macam peristiwa tak melembutkan hati Nora untuk mintak maaf dan berterima kasih pada Seth?...emmm apa apa la....."mama sayang baby je, tak sayang daddy ke"..."Sayang, mana boleh tak sayang"...so sweet.....agaknya cerita2 melayu ni part best2 untuk last episod cuma 1-2 minit je kot kan...huhuhu

Nora Elena dah habis, Cik Seri nak bagi anugerah pulak.....Pelakon terbaik drama Nora Elena jatuh kepada Yvonneeeee!!!!...Tahniah Wan Sharmila atas watak tu...mantap dowhh, sampai berjaya buat semua benci Yvonne....Hebat....Seth (Aaron Aziz) pun best jugak cuma baik sangat.....Nora (Siti Saleha), boleh la cuma pada saya agak kaku sikit la....pelakon2 lain  Malik,Azira, Adila, Nilawati, Amir, Eid, semua pun best.

________________________________________________________

Aduhaiiii tamat sudah drama Nora Elena ni maka rindu lah saya dengan semua Team Benjy (huh apa kena mengena? sejak bila Benjy ada dalam ini cerita?)....hehehe itu la geng2 Awan Dania dulu lepas tu sama-sama layan Nora Elena dan sama-sama buat ulasan dan siaran langsung kat wall FB setiap kali Nora Elena bersiaran.....miss you all !!!, nanti ada drama best kita wat siaran langsung lagi ye....Saaaaayang korang
  

Tuesday, June 14, 2011

Dunia KITA episod 3

Aku suka!!...Aku suka!!...Aku suka!!.... (pinjam ayat zara jap..heee)

Jom Review Sikit episod 3
Suka sangat episod minggu ni.....Yeah Daniel sudah masuk jarum, sudah tabur ayat gula-gula kat Rania.....Rania lak malu-malu mau ye....amboi amboi amboi bahagianya....Siap ajak makan kat Chili's lagi.....(saya pernah makan kat Chili's ni..memang best tau...hehehe promosi jap)

Oh Rania sedarlah tu semua lakonan semata-mata, komplot Daniel n Aressa tu....huhu.. Rania ni pun cepat sangat tergoda, terpercaya kat Daniel tu. Memang kasanova and kaki buli tau Daniel ni, sian Aliff tayar motor kena cabut ngan Daniel....Trend terkini bawak motor tak de tayar depan katanya.....wakakaka

Aressa n the badut masih tak abis2 nak dengki kat Rania...Blog Rania pun diorang kacau, post komen caci maki semua...tapi kan 'Geng the loser'  lagi cerdik dari Geng Badut tu..hehehe..diorang dah tau dah sapa punya kerja.....kalau Bahasa Inggeris tukang langgang, ejaan tonggang terbalik tu sapa lagi punya kerja kan...gertak sikit je, tu dia terus buat 'bisness jual laptop'....hahahaha

Macam ada beberapa persoalan la kat episod ni...
1) Zara tau semua pasal Daniel....naik kereta apa, amik course apa, semester berapa, suka minum air apa....eh eh ehhh macam ada apa2 je...memang Zara minat Daniel ke?..Tapi Rania pun suka Daniel...emmm

2) Review sikit dialog Rania n Aliff......"Kau tau kan Daniel tu kasanova kolej, tapi kenapa kau layan jugak"..."sebab dia sweet"....."Aku pun sweet jugak tapi kau tak pernah pun SMS aku macam kau SMS Daniel"......emmmmm macam lain macam je ayat Aliff tu kan...eh Alif, you suka kat Rania ke?....haaaa

Tak sabar nak tunggu Episod 4 pulak...hehehe

Daaaaaaaaaaaaa.

Monday, June 13, 2011

Beringat Sebelum Terlambat

Hari ni saya nak share satu berita sedih...Mungkin boleh jadi ingatan untuk semua
Kisah ni berlaku pada member office

kisahnya
My friend ni seorang yang aktif..lemah lembut pulak tu
kalau tengok dia dengan hubby dia wahhh so loving gitu

Baru-baru ni hubby dia sakit
katanya memang biasa sakit-sakit tapi bila makan ubat dah baik dah
so tak de la nak gi check segala bagai kat hospital
Satu hari sakitnya tak baik2 walaupun dah makan ubat
baru la tergerak nak jumpa doktor

Tau apa keputusannya?
Kanser stage 4
doktor anggarkan usianya dalam 6 bulan saja lagi
memang la ajal maut kat tangan tuhan
tapi bila doktor cakap macam tu hati siapa yang tak terkejut, tak sedih kan...:'(

so untuk kawan saya tu semoga tabah dengan ujian Allah ni
Kami sama-sama tumpang bersedih dan doa yang terbaik
_______________________________________________________
ok nak kongsi pengalaman sikit
You all pernah tak buat ujian kesihatan menyeluruh??
ye la untuk mengetahui tahap kesihatan diri

Alhamdulillah setakat ni setiap tahun saya buat medical check-up
dengan
Advance Healthscreen Management (Interlab)
bukan saya nak promote ye...tak...sekadar berkongsi je

Ujian darah ni untuk menguji
Cardiovascular system, Renal function, Diabetes screening, thyroid dieases screening
liver function, Antibodies test, Hepatitis B screening, STD screening,
Bone ang joints, full blood picture, tumor markers screening
banyak lagi la...

Untuk yang tumor markers screening tu bukan saja untuk tumor umum
tapi jugak untuk kesan tanda-tanda kanser wanita
macam kanser servik dan kanser payudara

Pada saya kos RM250 setahun yang saya keluarkan setiap tahun tu
lebih berbaloi dari kena tanggung macam2 kos perubatan nanti.

Sekarang ni banyak hospital swasta yang tawarkan ujian kesihatan macam ni
Hospital kerajaan pun ada tapiiiii
sanggup tak sanggup je la nak tunggu apoimen kan...hehehe

Beringat Sebelum Terlambat
Kesihatan Kita Keprihatinan Kita


see you...

Thursday, June 9, 2011

Gambit Saifullah vs Scha Alyahya

Kat facebook ni kita boleh jumpa macam-macam pages. tadi berkesempatan la mengekek gelak sorang-sorang bila gi melawat fanpage mamat yang tengah hot dengan kontroversi sekarang ni, si Gambit tu la kan. Bukan nak kutuk dia tapi meh sini saya nak bandingkan 2 pages FB ni

1) PAGE WE HATE SCHA ALYAHYA
2) FANPAGE GAMBIT SAIFULLAH

Nampak tak beza nyer?...satu page untuk pembenci satu lagi page untuk peminat

Page WE HATE SCHA ALYAHYA tu kalau nak diikutkan untuk orang-orang yang benci dia la kan...nak kutuk ke nak bantai ke kat situ la...ada 2K++ je pun yang like....Tapi yang paling bestnya kat situ susah pulak nak jumpa yang bantai/kutuk si Scha ni .....memasing bantai Admin pulak sebab buat page tu...(adalah jugak 2-3 hater tegar scha) tu pendapat masing-masing ok.....objektif page ini tersasar....hehehe... tu tandanya ramai yang sayang Scha

ok Fanpage GAMBIT SAIFULLAH pulak...page ni kan untuk peminat....tapi terbalik sudah, haters pulak bermaharajalela di situ. sapa post komen yang sokong si Gambit ni diorang pulak kena bantai...Giler-giler la orang post komen bagi nasihat, kutuk, sindir, semua2 la....sentiasa up to date 3-4 minit sekali....ramai giler marah ngan Gambit ni...tu semua kes vc Prema Yin yang dok joget2 depan peti ais n ada sikit adegan 18sx disitu ditambah pulak dengan status2 yang agak kurang ajar (pada saya la) yang dibuat Gambit menyebabkan ramai orang terutama blogger yang tak puas hati...macam2 istilah keluar...Kelab Anti peti Ais la, Fobia peti ais la, Peti sejuk la...semua jadi bahan sindiran...tu belum lagi video2 yang di buat khas untuk Gambit.....Aduhhh la lawak ok bila baca....betul kata pepatah SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT BADAN BINASA.....Yang saya nampak sebenarnya orang marah pasal sikap ego dia tu, pasal tak jaga mulut, vc tu sebagai penyebab je...Pandai-pandai la ye awak tu artis...opsss sori saya tak minat si Gambit ni tapi nak bagi cadangan gak la, Gambit sebenarnya boleh je kalau nak hide bahagian share post kat wall fb dia tu, ramai artis buat macam tu untuk elak orang post macam-macam...Nak tak nak je, atau nak pertahan gak ego...terpulang.

Kesimpulannya...kedua-dua pages FB itu tidak mencapai objektif penubuhannya...ahak.....:p

_______________________________________________
Pesanan penaja sikit...hehehe

Korang jangan termuntah pulak...asyik asyik Scha...asyik asyik Scha...kannnn....eh eh dah saya suka dia, die hard fan gitu katanya....hik.....jangan marah haaaaa....korang hormat minat saya, saya pun hormat minat korang...Kita ada minat masing-masing...jangan benci-benci...Tak baik.....ok..deal...:))

Saaaaaayang korang tau.

Tuesday, June 7, 2011

Awan Dania musim 3 belum tamat?

GOSIP GOSIP GOSIP

pssst nak dengar cerita tak?
Saya dapat info yang Awan Dania Musim 3 sebenarnya belum tamat
Tapi atas permintaan Station tv yang berkenaan (station mana la tu ye..hehe)
Ending Awan Dania 3 berkesudahan Macam tu...:(

hahaha feeling2 jadi wartawan kepoci la pulak

Mana dapat info?..ada laaaa

Mungkin diorang ada perancangan sendiri
untuk peminat-peminat Awan Dania kot kan

whatever la
Kalau betul-betul Awan Dania  3 ni ada sambungan,
yang penting pastikan

1. Watak Dania jangan tukar pelakon
tak ada pelakon lain layak bawak watak Dania selain Scha Alyahya ok

2. Benjy kena ada...hehehe

3. Akmal?  Tak de pun tak pe..lagi bagus...serabut la.
tak pernah minat pun, tapi lepas kes vc dia tu..terus pangkah nama dia

4. Paling PENTING
JANGAN TERGANTUNG LAGI!!!

______________________________________________

Ini gosip ye..kalau betul berita yang saya dengar tu betul la kalau tak betul tu tak betul la
bukan apa walaupun dah 3 minggu lebih Awan Dania 3 tamat
tapi post saya tentang EPISOD AKHIR awan dania tu sehingga hari ni masih terima ramai pengunjung
Setiap hari ok tanpa gagal
ramai yang tak puas hati dan tertanya-tanya rupanya
Kesian Kami peminat-peminat Awan Dania



Sunday, June 5, 2011

Syahir sukaaaa.......

Lama mama tak tulis pasal budak kecik mulut becok ni

"Mama tau tak Syahir suka apa?"
tu dia anak bujang dah kuar soalan...

"Syahir suka minum susu
Syahir suka kartun
Syahir suka ultraman
Syahir suka mainan"

Itu je?

"Syahir suka mama, Syahir suka ayah"

ok...mama sayang syahir jugak tau

"mama...besok kita pergi tesco ye mama
 beli susu,  beli mainan, beli ultraman"
(amboiii ada maksud tersirat rupanya ye)

Esok kita pergi tesco beli susu dengan barang dapur je ye
tak de mainan tak de ultraman..ok

"Alaaaaaaaa"
hehehe...sorry ye sayang



Saturday, June 4, 2011

Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Lama tak kongsi resepi kan asyik kongsi cerita drama je....Hari ni mood terlebih rajin tapi tetap resepi yang senang-senang je, yang complicated tak koser den nak buat...hehehehe




Bahan-bahannya adalah...:p

Untuk puding:
1 tin susu cair
4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar gula

Untuk Karemel:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas

Cara-cara nak buat:

(karemel)
1. Panaskan gula dalam kuali hingga cair dan agak kekuningan (jangan pucat sangat atau hangus sangat)
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati sebab campuran ni akan memercik sikit)
3. Kacau sekejap hingga menggelegak dan sebati
4. masukkan dalam loyang pengukus dan sejukkan (bila suam2 buleh masukkan dlm freezer kejap supaya cepat keras...hik)

(puding)
Panaskan air dalam pengukus
1. Masukkan susu, telur, gula dan asen vanila dalam blender dan putar sekejap je hingga sebati...hehehe ni teknik orang tak berapa rajin
2. Tuangkan campuran puding ni perlahan-lahan kedalam loyang pengukus yang berisi karemel tadi
3. kukus selama 15 ke 20 minit
4. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan (jika ada air atas puding tadi serap air guna tisu dapur yg kita guna untuk toskan minyak tu)
5. Terbalikkan Puding atas pingan dan boleh dihidang

Senangkan....Selamat mencuba

p/s Kuantiti gula boleh dikurangkan atau tambah ikut cita rasa masing-masing. Bagi saya yang tak berapa suka manis ni gula sekilo pun bebulan nak abis tau  rasanya resepi ni dah manis sangat dah....
Kurangkan manis dalam makanan Tambahkan manis dalam senyuman ok....:D

Dunia KITA episod 2

Apasal ek tengok Dunia KITA ni rasa cepat sangat habis nyer..1/2 jam je, tak puas nengok...huhuhu

ULASAN SIKITTTT...
Episod 2 semalam lebih pada usaha Rania nak mempergunakan tubuh Zara...hehehe... lain macam pulak bunyi nyer ye...Rania nak Zara jadi model untuk baju-baju rekaan dia la...Zara kan penyanyi tapi suka pakai baju guni...Mula-mula Zara tolak sebab katanya "macam mana aku nak percaya kau, aku tengok fesyen ko pun macam terencat akal sikit"...Hahahaha... hambik ko Rania.....tapi akhirnya Zara mengalah gak lepas dengar komen peminat pasal baju dia n dedikasi DJ Aliff untuk dia (Rania punya plan gak ni)...hik

Zara dah cantik...Daniel dah terpikat katanya setahun ada 365 hari mesti ada 365 awek terpikat pada dia...amboiiiiiii tak beragak sungguh....Zara minat pada seseorang. siapa agaknya?...

Rasa2 nya Zara minat kat Daniel tu and bagitau Rania......emmmm Rania pun minat kat Daniel gak kan...Tapi ayat mamat kasanova tu "ingat aku terencat akal ke nak orang macam Rania tu".....Wah wah wah sedap mulut je...walaupun Daniel tak de taste langsung kat Rania tapi ex gf Daniel si Aressa tu lak cabar Daniel pikat Rania...."ok esok jugak Rania akan berada dalam genggaman aku"....haaaa tunggu next episod ok....

__________________________________________________________________
KOMEN PENGKRITIK.....hahahahaha

Serius la dalam Dunia KITA ni saya minat Marsha dengan watak Zara tu.....Tak tau kenapa tapi saya suka.

Kalau watak Aressa ngan dua 'badut' lala lulu tu'... emmmmm episod semalam nampak tak berapa best.....watak macam tu saya suka Raja Farra, Anita Baharum ngan sorang lagi (yg bawak watak Adila dalam Nora elena) masa diorang belakon drama Kau dan Aku...watak diorang lebih menjadi.

Rania...emmmmm buat masa ni ok gak la, paling saya suka masa Rania ni manja2 ngan abah dia masa episod 1. Tapi pasal eksperiman dia dlm berfesyen tu aduhhhhh belum boleh diterima...hehehehe

ehhh sebelum lupa
Ulangan Dunia KITA leh tengok dalam Youtube 'Carefree Dunia Kita'....atau pun dekat facebook Pink Daisy (official page untuk carefree and Dunia Kita), kat page tu pun ada info2 terbaru tentang peraduan Dunia Kita

Daaaaaa

Friday, June 3, 2011

Awan Dania vs Nora Elena

DUA-DUA SAYA SUKA
Benjy & Seth..Bos-bos n orang-orang kaya ni kalau tengah bercinta tak ingat kerja ek...hahaha
Segalanya untuk si dia yang tercinta




BENJY & DANIA
Benjy, Suka kesungguhannya...
segala-galanya untuk Dania
Tak gentar cabaran, tak kisah persaingan
Gila cool mamat ni walaupun tahu buah hati nak kena try dengan orang lain
bukan sorang tapi 3 orang..
Ehsan, Akmal, Iman
"Saya tak kisah sebab Kisah kita antara saya dengan awak"
pehhhhhh....sabar giler...
(Ada lagi ke orang macam ni kat dunia realiti?)
paling suka cara Benjy melayan kerenah Dania
macam tak tau nak marah je si Benjy ni tau.
"sebab saya terlalu cintakan awak Dania"
Dania, Siapa yang tak suka dengan Dania? (mama Benjy je la kot)
Keletahnya, manjanya, friendly, baik hati, cantik...semua orang suka, semua orang sayang
Hatinya milik Benjy, cintanya teruji, Nia nak restu orang tua
Akhirnya Nia n Benjy dapat jugak restu tu kan...
Happy Ending......hehehe




SETH TAN & NORA ELENA
Seth, kagum dengan kesabaran dan pengorbanannya
Segalanya untuk Nora
Walaupun tau hati Nora bukan untuknya
Ni sorang lagi...tak tau nak marah
Melembutkan hati Nora dengan penuh romantik
aduhhhhh...
ramai terjatuh cinta dengan Seth..hehehe
"Awak lah pelangi saya Nora Elena bt Nordin"
"Sebab saya sangat cintakan awak Nora Elena"
Nora, hatinya milik Eid tapi cintanya diragui
Hidupnya tercalar kisah penuh duga
Jadi isteri Seth kerana keputusan keluarga
Yvone pulak jadi penghalang
Tapi dek penangan cinta Seth
Keras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga
Hidup dihiasi bunga-bunga ceria
Happy Ending....hehehehe

Thursday, June 2, 2011

SCHA ALYAHYA.....She makes me happy

Apa perasaan korang bila buka facebook tak de langsung notification?..sedih? tak de perasaan?...
Apa pulak perasaan korang bila bukak2 ada notification dari
seseorang yang tak dijangka + seseorang yang kita sayang


Kau adoooo?...hehehe
terpaku sekejap
walaupun Scha cuma 'like' pada komen saya
she makes me smile, she makes me happy
so,
kalau orang kata Scha tak baca komen2 kat facebook-SALAH
kalau orang sibuk kata Scha tak reply komen punnnn-SALAH
(komen saya tu kat tengah2 dalam beratus2 komen yang ada tau)

ada lagiiiiii

Hari yang sama jugak,
Mungkin hari bertuah saya
2 tweet yang saya saja2 hantar untuk Scha..dua-dua Scha reply...weeehooo
tapi yang ni tak de gambar ye..P&C katanya....hik
seingat saya, saya pernah tweet Scha 6 kali je & 4 daripadanya Scha reply...jeles tak? heeee

kenapa saya gembira sangat?

Sebab masa tu saya tengah sedih...sedih sangat-sangat
Kalau saya sedih saya tak suka jumpa orang yang saya kenal
Saya lebih suka jumpa kawan2 yang tak nampak
(kawan2 online ok)

so bila tiba-tiba
Scha reply my tweets
Scha 'like' my comments
Saya tersenyum
Dia betul2 buat saya gembira...Double happiness
'Kau hadir tika ku duka, dalam cahya dikau menjelma'...hehehe nyanyi lagu farhana sikit
(bukan senang ok nak dapat respon dari scha dengan peminat lebih sejuta tu)

Semoga Scha Alyahya sentiasa gembira dan bahagia
Doa saya sentiasa untuk orang yang buat saya gembira
walaupun dia tak tau pun dia dah buat saya betul2 gembira kala saya berduka

Kepada semua pengunjung blog ini pun saya doakan semoga kebahagiaan milik kita semua.
........Aminnnnnnnnnn.....

Love
Seri ILham