Monday, June 13, 2011

Beringat Sebelum Terlambat

Hari ni saya nak share satu berita sedih...Mungkin boleh jadi ingatan untuk semua
Kisah ni berlaku pada member office

kisahnya
My friend ni seorang yang aktif..lemah lembut pulak tu
kalau tengok dia dengan hubby dia wahhh so loving gitu

Baru-baru ni hubby dia sakit
katanya memang biasa sakit-sakit tapi bila makan ubat dah baik dah
so tak de la nak gi check segala bagai kat hospital
Satu hari sakitnya tak baik2 walaupun dah makan ubat
baru la tergerak nak jumpa doktor

Tau apa keputusannya?
Kanser stage 4
doktor anggarkan usianya dalam 6 bulan saja lagi
memang la ajal maut kat tangan tuhan
tapi bila doktor cakap macam tu hati siapa yang tak terkejut, tak sedih kan...:'(

so untuk kawan saya tu semoga tabah dengan ujian Allah ni
Kami sama-sama tumpang bersedih dan doa yang terbaik
_______________________________________________________
ok nak kongsi pengalaman sikit
You all pernah tak buat ujian kesihatan menyeluruh??
ye la untuk mengetahui tahap kesihatan diri

Alhamdulillah setakat ni setiap tahun saya buat medical check-up
dengan
Advance Healthscreen Management (Interlab)
bukan saya nak promote ye...tak...sekadar berkongsi je

Ujian darah ni untuk menguji
Cardiovascular system, Renal function, Diabetes screening, thyroid dieases screening
liver function, Antibodies test, Hepatitis B screening, STD screening,
Bone ang joints, full blood picture, tumor markers screening
banyak lagi la...

Untuk yang tumor markers screening tu bukan saja untuk tumor umum
tapi jugak untuk kesan tanda-tanda kanser wanita
macam kanser servik dan kanser payudara

Pada saya kos RM250 setahun yang saya keluarkan setiap tahun tu
lebih berbaloi dari kena tanggung macam2 kos perubatan nanti.

Sekarang ni banyak hospital swasta yang tawarkan ujian kesihatan macam ni
Hospital kerajaan pun ada tapiiiii
sanggup tak sanggup je la nak tunggu apoimen kan...hehehe

Beringat Sebelum Terlambat
Kesihatan Kita Keprihatinan Kita


see you...

No comments:

Post a Comment