ye la ye la...tau la happy ending tapi macam takkkkk...takkk...takk tau la, macam ada yang kurang.
Drama Nora Elena ni adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci,Orang kata best tapi mintak maaf la ye saya tak boleh nak abiskan baca novel ni...huhuhu....sebab cara dia ditulis tak boleh diterima oleh 'CPU' saya, dah tu kalau sambil baca novel tu beberapa kali boleh terlelap tu, tak ke haru....hai tengok drama je la
ok review sikit cerita Nora Elena ni...Kisah tentang seorang gadis baik tapi sudah dirampas mahkotanya ketika umur 15 tahun. Bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Eid tak berapa minggu lagi tapi dek kerana sikap cemburu tahap dewa si Eid ni tentang hubungan Nora dengan bosnya, Seth akhirnya ikatan pertunangan mereka putus disaat majlis hampir berlangsung. yeahhh hero sudah datang, Seth menawarkan diri jadi pengganti pengantin lelaki demi menjaga maruah keluarga Nora...Elehhh Seth sebenarnya cinta pada si Nora tu sebab tu sanggup tawarkan diri. Nora tak nak apatah lagi Eid dah menyesal tapi atas keputusan keluarga Nora terpaksa kawin dengan Seth. Macam-macam cara, macam-macam idea Seth cuba nak tawan hati Nora, pendek kata habis keluarlah segala keromantikan Seth tu tapi Nora buat dekkkk je. Hadiah percutian bulan madu dari KC (bos Nora) akhirnya mencairkan hati Nora Elena. Seth betul-betul dapat hadiah bulan madu...Rumahtangga diorang ni tak pernah aman sebab ada Yvonne yang guna macam2 fitnah untuk pisahkan Seth n Nora sebab dia terlalu cintakan Seth...memang jahat giler..Hari-hari kena sumpah si Yvonne ni. tapi akhirnya rahsia Yvonne terbongkar disaat rahsia Seth sebenarnya yang rogol Nora jugak terbongkar. Nora pulak disahkan mengandung...Nora jadi benci pada Seth. Tapi Seth tetap jaga Nora hingga bersalin. Yvonne pulak culik baby tu dan ugut Seth supaya kawin dengan dia kalau nak baby selamat. ketangkasan inspektor Amir akhirnya Yvonne dapat diberkas, Baby Kasih selamat, Nora dapat terima Seth...Habisssss....hehehehe...kalau saya jadi penulis skrip confirm tak akan capai punya la 2.7 juta penonton untuk episod akhir Nora Elena ni..hik
ok berbalik pada tajuk post....tak dinafikan episod akhir Nora Elena memang mendebarkan jalan cerita nya lagi2 part Yvonne campk baby dari kereta. huh macam terhenti kejap jantung. tapi yang kurang nyer part lasttttt sekali lepas beberapa bulan kejadian tu.....emmm tak kan lepas beberapa bulan baru Seth nak tanya Nora samada Nora dah maafkan dia atau tak...Abis tu selama beberapa bulan tu Seth pandang Nora, Nora pandang Seth je ke? Tak kan segala macam peristiwa tak melembutkan hati Nora untuk mintak maaf dan berterima kasih pada Seth?...emmm apa apa la....."mama sayang baby je, tak sayang daddy ke"..."Sayang, mana boleh tak sayang"...so sweet.....agaknya cerita2 melayu ni part best2 untuk last episod cuma 1-2 minit je kot kan...huhuhu
Nora Elena dah habis, Cik Seri nak bagi anugerah pulak.....Pelakon terbaik drama Nora Elena jatuh kepada Yvonneeeee!!!!...Tahniah Wan Sharmila atas watak tu...mantap dowhh, sampai berjaya buat semua benci Yvonne....Hebat....Seth (Aaron Aziz) pun best jugak cuma baik sangat.....Nora (Siti Saleha), boleh la cuma pada saya agak kaku sikit la....pelakon2 lain Malik,Azira, Adila, Nilawati, Amir, Eid, semua pun best.
________________________________________________________
Aduhaiiii tamat sudah drama Nora Elena ni maka rindu lah saya dengan semua Team Benjy (huh apa kena mengena? sejak bila Benjy ada dalam ini cerita?)....hehehe itu la geng2 Awan Dania dulu lepas tu sama-sama layan Nora Elena dan sama-sama buat ulasan dan siaran langsung kat wall FB setiap kali Nora Elena bersiaran.....miss you all !!!, nanti ada drama best kita wat siaran langsung lagi ye....Saaaaayang korang
No comments:
Post a Comment